2 Keistimewaan Emas sebagai Mas Kahwin

mas-kahwin-angsa-emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sekarang sudah menjadi trend orang ramai menggunakan syiling dinar emas sebagai hadiah mas kahwin. Jika hendak menjadikan dinar sebagai mas kahwin, pastikan terlebih dahulu sama ada mas kahwin tersebut dipersetujui mengikut jumpah dinar emas atau jumlat duit (Ringgit Malaysia)? Kalau mengikut jumlah dinar, anda boleh beli emas sekarang walaupun majlis akad nikah akan berlangsung enam bulan lagi.

Jika mas kahwin dipersetujui mengikut nilai duit tetapi dinilaikan kepada dinar, eloklah beli dinar tersebut apabila sudah menghampiri majlis akad nikah nanti supaya tidak berlaku perbezaan ketara antara harga dinar dan nilai duit yang dipersetujui. Ini kerana harga emas ada perubahan turun naiknya. Jika harga emas kekal atau naik mungkin tidak menjadi masalah. Ianya bermasalah apabila harga emas turun.

2 Keistimewaan Emas sebagai Mas Kahwin 1

 

Kelebihan Emas Sebagai Mas Kahwin

Kelebihan utama menjadikan dinar emas sebagai mas kahwin adalah simpanan emas itu bertahan lebih lama berbanding duit. Jika dihadiahkan dalam bentuk duit, biasanya selepas majlis selesai, duit itu akan ‘ditarik’ untuk dibelanjakan sedikit demi sedikit. Selepas itu barulah anda perasan bahawa hadiah mas kahwin mula berkurangan lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mula tinggal bersama.

Kebanyakan yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin, dinar-dinar mereka tidak terusik malahan ‘kekayaan’ mereka bertahan lebih lama kerana kebiasaannya orang tidak akan menjual simpanan emas mereka. Jika ada kecemasan biasanya pada masa itulah baru mereka menjual emas ini sebagai jalan terakhir mereka.

Emas juga bertahan lebih lama memandangkan emas itu mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi. Sebagaimana cincin hadiah perkahwinan, orang tidak akan menjual cincin itu melainkan hal yang sangat terdesak. Ia adalah kerana cincin itu tersemat kenangan penting dalam hidup si pengantin.

2 Keistimewaan Emas sebagai Mas Kahwin 2

1 Bulan 1 Dinar Untuk Perkahwinan

Bagi mereka yang merancang untuk berkahwin dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, emas boleh berfungsi sebagai serampang dua mata, iaitu sebagai simpanan belanja perkahwinan atau sebagai hadiah mas kahwin.

Biasakan atau disiplinkan diri anda untuk menyimpan satu dinar sebulan. Ini berdasarkan kira-kira yang kami buat, kos perkahwinan sederhana di Malaysia menelan belanja sekitar 30 dinar emas (satu dinar emas beratnya 4.25 gram).

10 dinar boleh dijadikan hadiah mas kahwin manakala 20 dinar lagi boleh dijual menjelang majlis perkahwinan untuk membiayai kos perkahwinan yang lain seperti perbelanjaan kenduri. Jika anda bernasib baik, harga emas ketika itu sudah naik lebih tinggi berbanding harga semasa membelinya.

Strategi simpan satu dinar satu bulan ini bukan hanya untuk pengantin lelaki, tetapi juga sesuai untuk bakal pengantin perempuan. Simpan satu dinar satu bulan dari sekarang, apabila hampir majlis perkahwinan nanti boleh jual sahaja dinar itu kepada bakal suami untuk dijadikan hadiah mas kahwin.

Daripada bakal suami membeli dinar dari luar, lebih baik membeli daripada bakal isteri, kan? Beli daripada bakal isteri dan hadiahkan juga kepada isteri. Duit hasil jualan dinar itu nanti boleh digunakan untuk membiayai kos majlis di pihak isteri. Manakala selebihnya digunakan untuk perbelanjaan kehidupan selepas berumah tangga nanti.

 

Artikel seterusnya: Disiplin Dalam Menyimpan Emas

 

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field