3 Sebab Kenapa Saya Simpan Emas

sebab simpan emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mereka menyimpan emas. Begitu juga dengan saya sendiri. Walaupun yang membuka mata saya tentang emas pada permulaannya ialah trend kenaikan harga emas pada tahun 2010, tetapi saya terus membeli walaupun harga dalam trend menurun pada tahun 2012 – 2015.

(1. gambar koleksi barang kemas & 2. emas dalam bekas)

 

Di bawah saya senaraikan 3 sebab utama kenapa saya beli emas;

  1. Simpanan Senyap
  2. Nilai jangka panjang yang lebih terjamin
  3. Kekayaan di tangan sendiri

Simpanan Senyap

Saya jadikan emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Saya rasa menyimpan emas adalah cara yang sangat berkesan untuk merawat masalah ‘tangan yang gatal’ menyentuh duit simpanan daripada dibelanjakan pada perkara yang kurang penting. Ia dapat merawat masalah duit simpanan yang mudah bocor.

Memang terbukti, sejak 2010 saya tidak pernah lagi menjual emas simpanan saya sendiri. Sehingga ke saat hari ini, saya hanya beli dan beli sahaja. Setakat ini tidak pernah bocor, alhamdulillah.

Nilai Jangka Panjang yang Terjamin

Apabila saya faham teori satu dinar seekor kambing, saya tidak perlu risau lagi tentang inflasi (kenaikkan harga barang), kejatuhan matawang ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik.

Emas untuk nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding jika anda menyimpan duit dalam bank. Kuasa beli emas satu dinar terbukti mampu untuk membeli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu sehinggalah sekarang. Kuasa belinya boleh dikatakan kekal sepanjang zaman.

Kekayaan Anda di Tangan Sendiri

Apabila anda memiliki emas, semestinya anda tidak terikat dengan sesiapa pun. Ianya 100 peratus dalam kawalan kita. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang tiada di dalam sistem kewangan. Tiada sesiapa yang mampu merampas dan membekukan kekayaan itu walaupun jatuh bankrup sekalipun, ianya masih milik anda.

Jika duit kertas, nilai terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa sahaja nilainya boleh hilang. Namun tidak pada yang memiliki emas.

 

Itulah tiga sebab utama kenapa saya menyimpan emas.

Walaubagaimanapun, pada saya emas hanyalah salah satu daripada kebanyakan alat kewangan. Emas bukanlah segala-galanya tetapi ia adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita.

 

Artikel Seterusnya: 6 JANGAN Dalam Menyimpan Emas

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field