4 Tips Menggunakan Gelang Bangle Emas

gelang bangles
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Gelang bangle adalah model gelang yang cukup popular terutamanya bangle emas. Harganya yang tinggi membuatkannya boleh digayakan dengan pelbagai gaya pakaian. Pastinya mata-mata akan tersasar kepada anda.

Penggunaan aksesori ini amatlah mempengaruhi penampilan keseluruhan anda. Faktor-faktor seperti ukuran, warna dan material yang digunakan menjadi pertimbangan ketika mengenakan aksesori.

Inilah beberapa tips mudah untuk mengenakan gelang bangle emas

bangles emas

Elakkan daripada memakai terlalu banyak gelang bangle

Sememangnya harga gelang bangle ini agak mahal. Tetapi jika dipakai dengan jumlah yang banyak bukanlah sesuatu yang digalakkan. Pilih satu sahaja gelang bangles yang ingin dipakai yang paling sesuai dengan pakaian pada hari tersebut. Jika ukurannya kecil, bolehlah anda menambah dua atau tiga lagi gelang bangle yang lain tetapi janganlah sampai nampak terlalu banyak. Apabila mencampurkannya dengan terlampau banyak, ini boleh menjejaskan penampilan anda.

Padankan design, warna dan material gelang

Kelebihan gelang bangle ini adalah kerana terdapat pelbagai pilihan bentuk, ukuran, material, warna dan design yang pelbagai. Beranikan diri anda untuk mencampurkan beberapa design dengan design yang lain seperti gelang bangle emas dan silver atau sebaliknya. Tetapi ambil kira juga dari segi warna tone dan gradiasi warna gelang supaya kena dengan pakaian yang anda kenakan.

gelang bangles-emasbangles emas

Ambil kira saiz gelang bangle

Satu gelang bangle yang besar lebih senang untuk ditentukan saiznya berbanding beberapa gelang bangles yang kecil. Namun, beberapa gelang bangle yang berukuran besar lebih sesuai digunakan hanya satu sahaja supaya tidak nampak terlalu over.

Gayakan gelang bangle anda sesuai dengan aktiviti anda

Bergaya perlu kena pada tempatnya. Jika menghadiri acara formal anda harus mengenakan gaya yang formal dan begitulah seterusnya untuk acara yang lain. Kenakan gelang bangles anda sesuai dengan aktiviti anda pada hari tersebut supaya anda tidak ditertawakan oleh orang lain yang melihat anda.

Saiz ukuran gelang haruslah sesuai dengan tangan anda

Jika anda mempunyai saiz tangan yang agak berisi, mungkin anda harus pertimbangkan untuk membeli gelang yang lebih besar dan sebaliknya. Mungkin anda lebih tertarik pada satu model tersebut tetapi saiznya tidaklah sebesar tangan anda, mungkin anda harus berfikir untuk beberapa kali supaya membeli model yang lebih sesuai saiznya dengan tangan anda. Ia juga akan menjadikan kesukaran buat anda jika saiz gelang bangle tersebut ketat pada tangan anda.

Diharap beberapa tips penggunaan bangle ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengayaan anda. Anda boleh mendapatkan gelang bangle emas di kedai kami!

Artikel seterusnya : 3 Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan