Empat Cara Menyimpan Emas Fizikal Dengan Selamat

simpan emas dengan selamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Abang, emas kita ni dah banyak dah ni? Selamat ke tak nak simpan kat rumah ni?” tanya Mastura kepada suaminya.

Mastura sudah hampir dua tahun melakukan forgotten saving, 1 bulan 1 gram bersama suami beliau.

Mereka melabur dalam emas untuk masa depan.

Masa depan mereka dan anak-anak.

 

Dalam simpanan mereka ada 24 gram emas 999 dan 4 keping emas dinar.

Hati mana yang tak risau bila jumlah emas di tangan bernilai RM 4 368 untuk emas 999 dan  RM 3 056 untuk emas dinar.

Jumlah kesuluruhan forgotten saving mereka ialah RM 7 424!

 

Bila anda mula menyimpan emas fizikal di rumah, anda perlu lebih berhati-hati supaya keselamatan anda dan emas anda terjaga.

Kesilapan dan kecuaian anda boleh menyebabkan kehilangan harta dan paling ditakuti kehilangan nyawa!

 

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara menyimpan emas dengan selamat.

 

Empat Cara Menyimpan Emas Dengan Selamat

 

Pertama: Senyap-senyap Je Simpan Emas

 

senyap

Jangan dihebohkan kepada sesiapa pun anda mempunyai simpanan emas di rumah lebih-lebih kepada orang yang tidak dikenali.

Sekarang dengan kehadiran fungsi story di WhatsApp, Facebook dan Instagram, anda perlu lebih berjaga-jaga untuk berkongsi sesuatu story.

Jangan kerana seronok berkongsi sehingga anda terlupa untuk menjaga privasi anda sendiri.

Jangan sesekali merakam dan berkongsi jumlah simpanan emas anda di rumah.

Hati-hati, anda seolah-olah mempelawa orang yang berniat jahat datang ke rumah.

 

Kedua: Simpan Di Tempat Tak Diduga

 

tempat selamat

Bila anda mula menyimpan emas di rumah, pastikan anda menyimpan di tempat yang tidak mudah diteka.

Elakkan menyimpan di:

  • Dalam laci meja solek
  • Kotak kasut di atas almari
  • Di bawah katil

Biasanya tempat-tempat ini adalah tempat yang mula-mula sekali pencuri akan cari barangan berharga anda.

Anda boleh mencuba untuk menyimpan di:

  • Dalam bekas beras di dapur
  • Di dalam bungkusan tuala wanita (yang belum digunakan)
  • Di dalam tandas

Banyak lagi tempat yang anda boleh simpan. Cuba fikir di luar kotak untuk memastikan keselamatan emas fizikal anda.

 

Ketiga: Beli Peti Simpanan

 

peti simpanan emas

Bila emas fizikal anda semakin bertambah, anda boleh fikirkan untuk mendapatkan peti simpanan untuk simpan emas anda.

Peti simpanan adalah satu alternatif yang terbaik bagi menyimpan emas di rumah.

Selain kalis api, peti simpanan juga turut mempunyai kata laluan bagi mengelakkan orang tidak bertanggungjawab mencuri emas anda.

Oh ya, jangan lupa, simpan peti simpanan anda jauh dari pandangan orang lain.

 

Keempat: Peti Deposit Selamat Di Bank

 

peti deposit bank

Kebanyakkan bank-bank di Malaysia menawarkan peti deposit selamat atau juga dikenali sebagai safe deposit box.

Antara bank-bank yang menawarkan perkhidmatan ini ialah:

  • Maybank
  • CIMB
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Ambank

Terdapat pelbagi saiz peti deposit selamat yang ditawarkan bank ini.

Saiz paling kecil ialah 3″ x 5″ x 24″ . Manakala saiz paling besar ialah 10″ x 10″ x 24″ .

Anda boleh dapatkan pandangan pegawai bank yang bertugas untuk memilih saiz yang sesuai dengan emas fizikal yang anda ada.

Harga sewa yang dikenakan bagi setiap bank adalah berbeza.

Malah harga bagi setiap saiz peti deposti juga berbeza.

Anda boleh merujuk website bank-bank tersebut untuk mendapatkan harga terkini.

 

Kesimpulan

Okay kami dah selesai berkongsi kepada anda empat cara simpan emas fizikal dengan selamat.

Sekarang tinggal anda sendiri untuk memilih cara mana yang paling sesuai dengan anda dan bajet.

Setiap cara menyimpan mempunyai kelebihan dan kekurangan, jadi pastikan anda memilih yang terbaik.

Kami doakan anda boleh kekal bermotivasi untuk menyimpan 1 gram emas setiap bulan!

 

Artikel Seterusnya : Pengenalan Kepada Gelang Emas, Cincin Emas dan Pandora

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field