5 Tips Membeli Emas Untuk Elak Rugi

beli emas online
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Man, tengok ni, aku ada beli emas online dari group kat FB. Murah giler la.”

“Ko cuba check sekarang harga 1 gram emas 999 kat internet, RM181 kan hari ni?”

“Aah ye la. Murah betul ko dapat. Tapi ni brand ape ni? Tak pernah dengar pun.” Balas si Azman.

 

kesalahan semasa membeli emas

 

Ini antara kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan emas, membeli emas dari syarikat yang tidak terkenal.

Bukan tak boleh, cuma untuk jangka masa panjang seperti contoh untuk tujuan pajakan, Ar-Rahnu “agak cerewet”.

Tak semua emas diterima. Jika tidak diterima susah untuk anda membuat pajakan.

 

Okay anda boleh baca 5 tips untuk elak rugi semasa membeli emas di bawah ni ya.

Kesilapan Semasa Membeli Emas

 

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang membeli emas tanpa bimbingan guru atau mentor ialah:

  1. Beli emas yang sudah dibuka seal, emas yang bercalar dan lekuk
  2. Membeli emas dari syarikat yang tidak terkenal
  3. Beli emas gold bar yang tidak diiktiraf dengan Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Pos Malaysia
  4. Beli emas dalam ketulan besar. Biasanya orang beli dalam 1 gram. Tapi anda beli dalam 100 gram seketul. Susah nak dicairkan.
  5. Beli dari orang perseorangan biasanya beli emas online, bukan melalui syarikat atau kedai emas.

 

Di bawah adalah kesilapan yang sering dilakukan semasa membeli emas.

 

  1. Jangan sesekali membeli emas yang sudah dibuka seal, dalam keadaan bercalar dan tidak mempunyai sijil pembelian.Emas seperti ini akan mengalami susut nilai yang lebih tinggi kerana sudah berada dalam keadaan teruk.Tidak mempunyai sijil pembelian juga akan menyukarkan anda untuk menjualnya kembali.

    Malah untuk membuat pajakan Ar-Rahnu juga sukar.

    Pihak Ar-Rahnu hanya menerima emas dari syarikat tertentu, mempunyai sijil pembelian dan masih dalam seal.

    tips membeli emas online

     

  2. Jangan sesekali membeli emas dari syarikat yang tidak dikenali. Bukan tak nak tolong tapi selagi mana mereka tidak dikenali ramai, ini akan menyusahkan anda.Membeli dari syarikat yang baru dan tidak terkenal akan menyukarkan anda untuk menjual kembali.Tapi kalau anda sekadar membeli kerana ingin membantu orang kita berniaga, teruskan.

    Kalau niat anda membeli untuk melabut dalam emas, elakkan terlebih dahulu. Tunggu syarikat mereka stabil dan dikenali ramai baru membeli dari mereka.

    Buat masa sekarang antara syarikat yang dipercayai dan terkenal untuk membeli emas seperti gold bar ialah Public Gold, Habib Jewels dan Poh Kong.

    membeli emas online

  3. Kalau anda bercadang nak pajakkan emas di Ar-Rahnu, anda perlu bijak memilih syarikat yang menjual emas.Tak semua syarikat di terima di Ar-Rahnu.Seperti contoh jika anda memajak gold bar di Ar-Rahnu Pos Malaysia.

    Di sana, hanya gold bar berjenama Pamp Suisse (sehingga 100gm) dan Public Gold (sehingga 250 gm) sahaja yang diterima.

    Yang jenama lain-lain, harap maaf tidak dilayan.

    beli emas online

  4. Beli emas 999 dalam ketulan yang besar. Membeli emas dalam ketulan besar seperti 100 gram akan menyukarkan anda.Strategi terbaik untuk melabur emas ialah dengan membeli dalam jumlah yang kecil-kecil. Contohnya 1 gram emas 999, 10 gram emas 999 dan 1 keping dinar emas.Emas yang dibeli dalam ketulan kecil ini lebih mudah untuk dicairkan berbanding ketulan emas 100 gram.

    Contohnya anda memerlukan sedikit wang untuk membuat pusingan niaga, cuma dalam beberapa ratus sahaja, takkan anda hendak memajak 100 gram di Ar-Rahnu?

    Lebih baik anda pajakkan 2 keping gold bar 1 gram. Lebih mudah dan efisien.

    Takut nanti duit dari hasil pajakan 100 gram emas tu habis ke tempat lain. Huhu.

    gold bar

  5. Jangan mudah terpedaya semasa membeli emas online dari orang perseorangan. Lebih-lebih lagi dia jual emas dengan harga yang sangat murah.Biasanya kita akan mudah tertarik bila melihat harga yang lebih murah ni, lebih untung fikir kita.Tapi dalam urusniaga emas, anda wajib elakkan! Berkemungkinan besar anda akan menjadi mangsa penipuan.

    Dah banyak kes yang dilaporkan, emas yang dibeli sebenarnya di balut dengan besi yang berwarna hitam dan dibalut dengan emas.

 

Menurut Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin, telah berlaku 4.4 juta transaksi gadaian emas dari tahun 2000. Terdapat 400 kes gadaian emas palsu sepanjang Ar-Rahnu YaPEIM beroperasi.

Nak tahu emas tu asli ke tidak? Pergi je kedai emas dengan penjual tadi, minta pihak kedai jalankan ujian. Selesai masalah anda.

cara beli emas

Penutup

Kami berharap anda dapat mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa kerugian kerana tidak mempraktikan cara membeli emas dan melabur emas dengan betul.

Jadi berhati-hatilah semasa membeli emas!

 

Artikel Seterusnya : Wajib Tahu 3 Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan