5 Tips Memilih Cincin Perkahwinan

cincin kahwin
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Semestinya pembaca terjumpa artikel ini sementara tengah mencari tips-tips dalam memilih cincin kahwin. Sebenarnya banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan menjelang hari indah anda. Ada yang risau pasal harga, bentuk tak disukai oleh pasangan dan pelbagai lagi.

Di sini Tokki akan kongsikan beberapa tips dalam memilih cincin perkahwinan.

1. Mengikut Kemampuan Masing-Masing

Kalau boleh kita mahu belikan cincin yang paling mahal, paling cantik, cincin emas putih berbatu besar, semuanya paling besar. Tidak mengambil pandangan daripada pasangan lagi. Iyalah, semua nak yang indah-indah. Akan tetapi kita harus mengambil kira faktor harga dan kemampuan masing-masing. Nak kena fikirkan pasal kos-kos lain lagi seperti persiapan majlis, hantaran dan keperluan selepas kahwin lagi. Anda harus berbincang dengan pasangan supaya semua pihak puas hati.

Pilihlah cincin yang di dalam lingkungan bajet anda. Jika diikutkan rasa sayang kepada pasangan anda, lautan api pun sanggup direnangi. Sebelum anda terlebih bajet, pastikan anda memberitahu pasangan anda tentang berapa bajet yang disediakan untuk pembelian cincin.

2. Pertimbangkan Sama Ada Ingin Beli Cincin Tunang Dan Cincin Kahwin Sekaligus

Sesetengah orang nak tunang dulu, kemudian baru nak berkahwin. Ada yang tak mahu bertunang tetapi nak berkahwin terus. Kebiasaannya orang akan menggunakan cincin emas berbatu atau dipanggil diamond. Disebabkan terdapat diamond, jadi terpulanglah kepada citarasa anda sama ada mahu memilih emas kuning atau emas putih.

cincin emas berbatusolitaire ring

Solitaire Ring

Cincin nikah mestilah kena paling glamorous diantara cincin bertunang. Kebiasaanya orang akan memilih cincin emas berbatu satu & besar yang dipanggil Solitaire ring. Kebanyakan cincin nikah ini diperbuat dari emas putih. Rekabentuk emas kuning kurang menarik jika dibandingkan dengan emas putih. Solitaire ring dikira paling hebat sebab diamondnya yang besar. Sebiji diamond yang besar adalah lebih mahal jika nak dibandingkan dengan beberapa biji diamond yang kecil. Rekaan cincin adalah lebih simple kerana ianya lebih fokus kepada diamondnya.

3. Tentukan Ukuran Cincin Dengan Tepat

Pemakaian cincin ini adalah secara berterusan bermulalah dari perkahwinan, kehamilan dan seterusnya. Cubalah cincin ketika anda dalam keadaan tenang dan suhu tubuh normal. Nanti kemungkinan cincin tidak akan muat pada masa akan datang.

Saiz jari mestilah sesuai dengan bentuk cincin yang dipilih. Pastikan cincin tersebut tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat. Kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan masalah pada anda. Pastikan anda selesa memakai cincin tersebut.

4. Pilih Cincin Mengikut Trend Semasa

Ketika anda dalam proses memilih cincin, pastikan anda juga mengambil kira faktor trend cincin tersebut. Jika anda lelaki bolehlah bertanyakan kepada pasangan anda kerana mereka kebiasaannya lebih arif pasal trend cincin ini sama ada mahu pilih belah pinang atau cincin emas bertakhta berlian. Ataupun anda serahkan saja tugas memilih cincin ini kepada mereka, nanti kalau anda yang pilih ada yang tidak berkenan susah pula nanti.

Trend sekarang juga ada yang ukir nama pada cincin tersebut. Kebiasaannya jika pasangan anda tidak percaya sepenuhnya kepada pihak lelaki, bimbang tertukar pasangan pada hari pernikahan nanti.

5. Periksa Kualiti Cincin Tersebut

Pemeriksaan kualiti tidak hanya berlaku pada cincin kahwin tapi juga untuk semua jenis cincin. Pastikan anda membeli di kedai yang disahkan kualiti dan originality mereka. Pastikan cincin yang anda pilih tersebut mempunyai paling kurang dua tanda pada bahagian dalam; tanda pembuat cincin dan tanda kualiti seperti PLAT atau 24 K.

Anda perlu berhati-hati kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan tidak mahu ragu-ragu tentang kualitinya. Elakkan daripada scammer yang pandai menggunakan kata-kata manis untuk menipu anda.

 

Itulah serba sedikit yang dapat kami kongsikan kepada anda. Semoga anda dapat info yang bermanfaat daripada perkongsian kami kali ini dan menjadi panduan kepada anda di luar sana dalam proses membuat pemilihan cincin untuk hari bahagia anda bersama pasangan anda.

Jika anda berhajat untuk membeli cincin untuk perkahwinan anda bolehlah menghubungi kami atau datang ke kedai emas kami di Bandar Baru Bangi, Selangor atau di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

Artikel Seterusnya : Rahsia Simpan Emas 1 Gram Setiap Bulan

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan