5 Tips Penjagaan Rantai & Gelang Emas

Penjagaan Rantai Emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Barang kemas seperti rantai emas dan gelang emas juga memerlukan penjagaannya yang tersendiri. Untuk memastikan barang kemas ini sentiasa cantik dan menarik, ianya juga memerlukan “maintenance“. Kadang-kadang kita terlupa atau mungkin tidak tahu bahawa terdapat cara untuk mengekalkan kecantikan dan kebersihan barang kemas tersebut.

Di sini kami kongsikan beberapa tips penjagaan untuk rantai dan gelang emas anda.

Cara Menjaga Gelang Emas

Tips Penjagaan Rantai Emas & Gelang Emas Anda

1. JANGAN SEMBUR PEWANGI DI EMAS
Minyak wangi antara pewangi yang boleh member kesan kepada emas anda dimana ianya akan memudarkan warna emas anda. Kandungan kimia yang ada didalam minyak wangi boleh menghakis dan memudarkan warna emas sedikit demi sedikit.

2. LETAK DITEMPAT YANG KHAS
Simpan emas didalam kotak khas bagi mengekalkan kualiti dan kilauannya. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari dan simpan didalam suhu bilik. Sebaiknya balut emas didalam kain untuk mengelakkan daripada calar.

3. ELAKKAN DARI TERKENA BAHAN PELUNTUR
Elakkan barang emas terkena peluntur kerana bahan kimia dalam peluntur boleh merosakkan barang emas. Dalam jangka masa yang panjang boleh memutuskan barang emas. Ish ruginya kalau barang emas terputus.

4. JANGAN PAKAI EMAS KETIKA MANDI
Sebaiknya elakkan memakai emas ketika mandi kerana bahan kimia dari sabun dan shampoo boleh memudarkan emas.

5. BERHATI-HATI KETIKA MANDI KOLAM
Jika anda kerap mandi kolam dan melakukan aktiviti air, elakkan memakai emas kerana bahan kimia didalam klorin boleh memudarkan emas. Periksa juga cangkuk barang emas agar ketat kerana emas boleh tercicir didalam arus deras air.

Barang kemas juga seperti kenderaan dan diri anda sendiri yang memerlukan penjagaan supaya ia dapat bertahan lama kekal menarik. Sayangi emas anda!

 

Artikel Seterusnya : 3 Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field