6 JANGAN Dalam Menyimpan Emas

keistimewaan emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Kau beli emas banyak-banyak ni bahaya la, harga jatuh nanti rugi”

“Daripada kau beli gelang emas, baik kau bawa isteri kau bercuti”

“Baik kau simpan duit, selamat daripada kau simpan emas”

Begitulah kata-kata yang mungkin keluar dari teman anda. Ianya bergantung kepada anda sendiri sebenarnya bagaimana untuk menguruskan simpanan atau pelaburan emas anda. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka lebih suka untuk simpan emas daripada pergi bercuti. Ada yang lebih suka habiskan duit mereka untuk make-up kenderaan mereka.

Perkataan JANGAN boleh memberikan dua maksud iaitu positif dan negatif. Ia tertakluk kepada yang mengucapkan perkataan tersebut sama ada niatnya untuk kebaikan atau pun sebaliknya. Untuk emas juga terdapat maksud dia yang tersendiri.

simpan emas

Di sini saya kongsikan 6 penggunaan JANGAN untuk simpan emas.

1. Jangan malas

Sebagai pembeli, kita harus rajin dalam mencari info mengenai emas sebelum kita membuat keputusan sebelum membeli emas. Pentingnya kita sebagai pembeli mencari maklumat mengenai emas bagi mengelakkan dari terjebak dalam skim pelaburan emas iaitu syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Antara sindiket yang aktif ialah Geneva & Barrick Corporation. Maka berhati-hati dan buat penyelidikan yang teliti sebelum membuat pembelian emas.

2. Jangan jual emas anda

Saya sarankan anda jangan sesekali jual emas anda tanpa sebab. Ada sesetengah pembeli yang diterapkan dengan sikap beli emas masa murah lepas itu jual masa murah. Itu adalah kesilapan yang besar. Kita boleh menjual emas tetapi biarlah untuk benda yang penting dan perlu seperti;
✅ Rumah
✅ Hartanah
✅ Emas dalam bentuk lain
✅ Modal bisnes
✅ Keperluan ketika terdesak

Jika tiada keperluan adalah dinasihatkan supaya anda terus menyimpan emas anda.

3. Jangan simpan wang dalam kertas

Saya juga menyarankan agar tidak terlalu banyak menyimpan wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan & kegunaan seharian. Ketahuilah bahawa emas merupakan asset yang kalih inflasi dan tidak akan susut nilainya. Bila harga emas naik maka ini menunjukkan bahawa nilai wang kertas semakin menyusut. Jadi tiada keperluan untuk anda menyimpan wang kertas terlalu banyak, cukuplah untuk kegunaan harian dan kecemasan sahaja.

4. Jangan amalkan sikap tunggu

Jangan tunggu harga rendah baru nak beli emas. Bila kita tunggu dan tunggu untuk harga itu turun maka kita terdedah dengan risiko yang lain. Jangan tunggu maka beli terus emas. Belajarlah untuk menabung untuk membeli emas. Anda harus mempunyai komitmen untuk menabung. Jika anda terus menunggu mungkin anda tidak mendapat peluang seperti ini pada masa akan datang.

5. Jangan pentingkan diri

Bagi anda yang sudah celik akan emas ini, maka sebarkanlah kepada orang lain agar dapat membuka mata mereka yang masih samar-samar mengenai hakikat emas ini. Elakkan sikap selfish dan sombong bila kita sudah punyai ilmu emas yang baik. Gunakan ilmu yang anda ada itu untuk bantu masyarakat agar celik emas. Jangan pula anda menggunakan ilmu yang ada untuk perkara yang tidak elok seperti menjadi sindiket untuk menipu orang awam.

6. Jangan tolak hakikat dinar  dan dirham

simpan dinar emas

Jangan menolak atau menafikan mengenai matawang Islam iaitu dinar dan dirham. Ramai yang semakin giat untuk menghidupkan semula dinar dan dirham ini. Walaupun tak mampu secara total tapi kita boleh bermula dari kecil-kecilan terlebih dahulu. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan menyokong usaha ini. Mulakan dengan sedikit terlebih dahulu.

Sebenarnya perkataan JANGAN di dalam penyimpanan emas tidaklah memberikan maksud negatif secara keseluruhannya. Anda harus memahami sesuatu itu sebelum melakukannya. Mungkin sebelum ini anda kurang faham tentang penyimpanan emas. Apabila anda sudah memahami sedikit demi sedikit maka anda bolehlah bertindak seperti membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membeli emas dan sebagainya.

Diharap tips yang dikongsi pada kali ini bermanfaat kepada anda semua. Jika anda berminat untuk membeli emas bolehlah ke kedai emas kami di Bangi, Selangor dan juga di cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Anda juga boleh melihat koleksi emas di sini.

Artikel Seterusnya : 7 Keistimewaan Emas

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan