6 Tip Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Barang Kemas Angsa Emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ada sesetengah orang berminat untuk melabur dalam emas, tetapi mereka lebih suka kepada barang kemas. Mereka mengatakan bahawa disamping melabur, mereka boleh memakai barang kemas itu untuk perhiasan.

Kebanyakan daripada kita yang membeli emas hanyalah untuk perhiasan semata-mata. Anda seharusnya menetapkan minda anda bahawa anda juga ingin jadikan barangan kemas itu sebagai aset. Ini bermaksud apabila anda perlukan duit pada suatu hari nanti, barang kemas itu boleh dijual dengan nilai yang tinggi.

Akan tetapi, tidak semua barang kemas boleh dijadikan aset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang terus susut nilainya sebanyak 25 hingga 40 peratus selepas kita membelinya. Bahkan ada juga barangan kemas yang sudah  tidak laku apa hendak dijual semula. Untuk memastikan barang kemas itu bernilai tinggi, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum membelinya.

beli barang kemas dengan harga tinggi

 

Ketulenan 999 atau 916 sahaja

Beli emas berketulenan 999 (24 karat) atau 916 (22 karat) sahaja. Kedua-dua ketulenan emas ini mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) sebenarnya jarang dibuat dalam bentuk barang kemas kerana ia terlalu lembut. Kalau ada pun, ia tidak sesuai dipakai disebabkan mudah bengkok atau patah.

Barang kemas 999 selalunya dibuat untuk tujuan simpanan atau pajakan sahaja, bukan untuk perhiasan. Sesetengah Ar-Rahnu tidak menerima pajakan barang kemas kerana selalunya ia gunakan untuk memanipulasikan pinjaman Ar-Rahnu. Jadi untuk pastikan barang kemas itu nanti senang dipajak terdesak memerlukan duit, belilah barang kemas 916 sahaja.

Untuk mengenal pasti sama ada emas itu berketulenan 999 atau 916, kita boleh memeriksa bahagian belakang barang kemas tersebut. Biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” atau “916”.

Barang kemas padu sahaja

Beli barang kemas padu sahaja. Ini penting bagi memudahkan proses ujian ketulenan menggunakan alat yang dinamakan densimeter apabila hendak menjualnya, ataupun pajakan di Ar-Rahnu. Densimeter tidak dapat membuat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang berlubang (kosong di dalam) ataupun mempunyai batu permata.

Selain itu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Kalau barang kemas itu rosak, kita terpaksa tukar beli sebagai emas terpakai dengan potongan harga sebanyak 25 peratus. Banyak juga kerugiannya.

Kalau menyimpan juga emas rosak tersebut, kita dituntut membayar zakat dalam kategori ’emas yang tidak dipakai’ sebagaimana emas berbentuk jongkong ataupun syiling yang nisabnya 85 gram. Ia lebih tinggi berbanding kategori ’emas yang dipakai’.

Barang kemas tiada batu permata

Barang kemas yang ada batu permata nilainya sangat rendah apabila hendak dijual semula. Malah emas tersebut tidak diterima untuk gadaian di sesetengah Ar-Rahnu.

Emas berketulenan 916 jarang yang ada batu permata disebabkan tidak cukup kuat untuk memegang batu permata tersebut. Maka berhati-hatilah jika anda terjumpa dengan emas berketulenan 916 yang ada permata. Mungkin barang kemas itu bukan 100 peratus emas 916. Selalunya pada bahagian permata (ataupun cangkuk) itu digunakan emas berketulenan yang lebih rendah seperti ketulenan 750, tetapi dijual pada harga 916.

Simpan resit belian

Tempat terbaik menjual emas ialah tempat kita membelinya. Kebiasaanya pengeluar asal akan membelinya dengan harga yang lebih tinggi dengan syarat menunjukkan resit belian asal.

Resit pembelian asal sebenarnya bukan sahaja penting ketika menjual emas, tetapi juga penting apabila hendak membuat gadaian di Ar-Rahnu. Kebanyakan Ar-Rahnu akan meminta resit belian asal (untuk barang kemas) sebagai syarat untuk kelulusan pinjaman Ar-Rahnu.

Jangan beli emas putih

Emas putih dijual pada harga platinum iaitu logam paling mahal (ia lebih mahal berbanding emas berketulenan 99.9%) tetapi ia t iada ‘second hand value’.

Emas putih mempunyai kandungan emas sebanyak 75 peratus atau 37.5 peratus, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama seperti perak. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja.

Ada juga kedai emas yang menjual emas putih sanggup membeli semula pada potongan harga 30 peratus daripada harga semasa kalau disertakan resit pembelian asal dan potongan harga 50 peratus jika tiada resit. Namun umumnya bukan mudah hendak menjual semula emas putih. Ianya merugikan untuk nilai jangka panjang.

Kos upah paling rendah

Jangan tertipu jika ternampak harga yang dipaparkan di kedai emas pada harga rendah. Kebiasaanya harga itu ialah harga yang belum dimasukkan “kos upah”.

Kos upah berbeza-beza antara satu kedai dengan kedai yang lain walaupun reka bentuknya sama. Kos upah boleh dirunding supaya cajnya lebih murah. Bahkan sesetengah pekedai tidak mengenakan kos upah langsung.

 

Artikel seterusnya: Perhiasan Emas Murah Dengan Design Terkini

 

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1 thought on “6 Tip Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi”

  1. Bagaimana pula dengan deisgn brg kemas sekarang yang emas mix dengan emas putih (salut) adakah ianya dikira sebagai emas putih? Also rose gold, yang color hitam, merah, hijau semua ni ada effect pada nilai emas dia tak?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field