7 Keistimewaan Emas Anda Wajib Tahu

Keistimewaan Emas Yang ANda Wajib Tahu Barangan Kemas Istimewa Untuk Wanita
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Aku tengok kau banyak habiskan duit beli emas, boleh kau bagitau aku keistimewaan emas?”

“Aku tengok kau asyik beli emas je, tak nak buat pelaburan lain ke?”

Itulah kebiasaan ayat yang selalu ditanya oleh kawan-kawan kepada Tokki. Kebanyakan daripada kita masih tidak jelas mengapa kita mengumpul emas. Dalam kita bercakap pasal emas, semestinya orang akan beritahu bahawa emas ini mahal. Tetapi kenapa ianya boleh menjadi salah satu logam yang bernilai dan mahal?

Pelaburan Emas Harga Emas Semasa Emas 916

Terlebih dahulu mari kita lihat maksud Emas. Emas atau nama saintifiknya adalah Aurum (Au). Emas tidak akan teroksida atau dalam bahasa mudahnya tidak akan berkarat.  Ia merupakan bahan pengalir elektrik yang terbaik.

Inilah senarai beberapa keistimewaan emas

1. Diiktiraf manusia sebagai benda yang berharga

Emas boleh ditukar kepada mana-mana matawang di dunia ini. Emas yang tulen biasanya hadir sekali dengan sijil yang menunjukkan keaslian dan ketulenannya. Ianya logam yang diyakini dan diterimapakai oleh semua orang kerana emas tidak mudah untuk dipalsukan. Jarang yang menolak apabila ditawarkan emas termasuklah perompak.

2. Tidak boleh dibinasakan

Wang kertas boleh terbakar begitu sahaja. Tidak seperti emas, ia merupakan logam yang tidak boleh dimusnahkan. Ianya boleh dileburkan pada suhu yang tinggi dan dibentuk kembali tetapi ianya sama sekali tidak boleh dimusnahkan dengan mudah.

3. Mempunyai nilai intrinsik

Maksud intrinsik ialah nilai yang tersendiri. Maksudnya tidak seperti wang ringgit, yang mana nilainya terikat kepada arahan daripada pihak penguasa undang-undang, tetapi tidak untuk emas. Emas tetap bernilai. Emas merupakan satu logam yang cantik berwarna keemasan. Disebabkan itulah, ianya merupakan logam penyimpan nilai yang terbaik.

4. Mudah dibahagi kepada unit kecil

Emas tetap bernilai walaupun dipatahkan kepada beberapa bahagian. Sebagai contoh, jika 1 jongkong emas 1 kilogram dipatahkan kepada dua bahagian yang menjadi 500 gram setiap satu, nilainya tetap sama jika ditambah dua bahagian tersebut. Hal ini tidak sama kepada wang kertas jika ianya dipotong kepada dua bahagian, ianya sudah tidak bernilai jika anda menggunakan salah satu daripadanya.

Jika emas ditukarkan kepada serbuk sekalipun, ianya tetap bernilai dan boleh digunakan di mana sahaja.

5. Tidak boleh dicipta

Emas adalah bahan semulajadi yang dicipta oleh Tuhan, maka ianya bukanlah boleh dicipta dengan mudah. Jika dibandingkan dengan wang kertas, ianya boleh dicetak. Emas adalah logam asli dengan kata lain tidak boleh dicetak sesuka hati oleh orang ramai.

6. Ratio harga kepada berat yang tinggi

Harga nilaian emas adalah sangat tinggi mengikut pernisbahannya. Jadi pembelian emas ini merupakan satu langkah efektif. Dalam bahasa mudahnya, ia adalah satu sistem barter di mana proses penukaran emas dengan barang atau perkhidmatan lain, kerana ia memerlukan jumlah gram yang banyak untuk sesuatu urusniaga itu. Jika dilihat trend pada hari ini, semakin sedikit gram emas yang dikeluarkan untuk membuat suatu urusniaga, contohnya Emas 1 gram.

emas 1 gram

7. Penyimpan nilai yang baik dalam jangka masa panjang

Selain ianya menjadi pelindung serangan inflasi, emas juga merupakan suatu aset yang sangat baik untuk pelaburan. Jika dilihat pada harga emas dunia yang dipaparkan oleh KITCO setiap hari, peratus keuntungan emas telah meningkat hampir 458% semenjak tahun 2000 sehingga 2010. Ini menunjukkan bahawa, secara puratanya, pelaburan emas telah menghasilkan peratus keuntungan lebih 46% setahun. Ini bermakna, sekiranya anda menyimpan RM100,000 nilaian emas pada tahun 2000, maka nilai emas anda adalah sebanyak RM4.4 JUTA pada tahun 2010. Jika dibandingkan dengan mana-mana pelaburan lain yang selamat seperti unit amanah saham ASB/ASN, bank FD, ataupun insurans, sudah semestinya, pelaburan emas adalah yang memberikan pulangan tertinggi dan selamat antara semua pelaburan lain.

Jika anda paham tentang keistimewaan emas ini, sudah pasti anda menjadi lebih berminat untuk meneroka dengan lebih lanjut lagi tentang emas dan mempelajari cara-cara tentang urusan pembelian emas. Semoga perkongsian kali ini memberikan info yang lebih jelas kepada anda di luar sana yang masih kurang jelas tentang perihal emas dan keistimewaan emas kepada manusia terutamanya untuk urusan jual beli emas.

Artikel Seterusnya :3 Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan