7 Tips Memilih Cincin Buat Bakal Pengantin

Cincin Emas 916 Cincin Belah Rotan 916
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cincin ni tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia umumnya, dan khususnya bagi masyarakat Melayu.

Bila sebut sahaja tentang cincin belah rotan, mesti orang terfikir tentang kahwin. Adat resam orang Melayu kebiasaannya akan memberikan sebentuk cincin belah rotan ketika mengikat janji ketika merisik atau bertunang bagi bakal pengantin. Kebiasaannya, pada bulan November dan Disember setiap tahun di Malaysia jadualpadat dan penuh untuk menghadiri majlis akad nikah, majlis perkahwinan dua mempelai yang telah diijabkabulkan. Jadi beberapa bulan sebelum itu adalah menjadi waktu-waktu yang memberikan jualan kepada kedai-kedai emas untuk mencari sebentuk cincin dan seutas rantai tangan emas.

Antara persediaan yang paling penting perlu diambil berat oleh bakal pengantin bukanlah hanya dengan barang hantaran semata-mata, tapi cincin untuk si pasangan adalah antara perkara utama perlu dititik beratkan. Jadi pada artikel kali ini Datin nak kongsikan lah serba sedikit tips-tips untuk cik adik manis dan cik abang yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

Berikut adalah tips-tips dan panduan untuk memilih cincin kahwin atau mungkin cincin bertunang yang ideal untuk anda.

 1. Cincin Belah Rotan vs Cincin Solitaire

cincin belah rotan emas 916 design terkini
Cincin Belah Rotan Emas 916 Design Terkini

Jangan keliru dengan pemilihan cincin. Ada design cincin terkini yang direka bentuk untuk fesyen, jadi mungkin ada sesetengah design yang kurang sesuai untuk digayakan untuk hari bermakna anda. Cincin belah rotan biasanya diberikan oleh bakal suami kepada bakal isteri sebagai tanda mengikat janji atau bertunang. Manakala Cincin Solitaire atau cincin yang ada batu satu besar lebih sesuai untuk diberikan ketika majlis akad nikah nanti.

Tips pemilihan cincin belah rotan ni, pastikan cincin belah rotan yang anda pilih tidak terlalu lebar dan terlalu sarat dengan corak, kerana ianya akan membuatkan jari bakal isteri anda tu nampak pendek. Datin sarankan untuk anda pilih design yang comel halus agar nampak jari lebih runcing dan berseri-seri ketika cincin disarungkan di tangan si bakal isteri tu.

 

2. Cincin Emas 916 Pilihan Terbaik

Seperti thread post sebelum ini yang pernah kami kongsikan berkenaan perbezaan di antara jenis-jenis emas. Namun, cincin emas 916 merupakan pilihan terbaik kerana ia lebih tahan lasak (lebih keras). Cincin jenis ini juga mempunyai lebih pilihan corak berbanding cincin emas 999.

3. Cincin yang Mudah Suai Padan

Ada pengantin yang memilih untuk memberikan cincin pada waktu bertunang dan gelang tangan emas diberikan pada waktu majlis akad nikah. Pilihlah cincin yang mudah dipadankan dengan barang kemas sedia ada atau barang kemas yang akan dibeli. Contoh, cincin emas tanpa batu permata boleh digandingkan dengan apa sahaja barang kemas. Cincin emas bertatahkan berlian juga mudah disuaikan kerana batu permatanya berwarna putih, berbanding barang kemas yang mempunyai batu berwarna seperti nilam, zamrud, atau delima.

Artikel Berkaitan :

2. Lebih menarik, pakai hanya satu cincin di jari manis pada sebelah tangan pada satu masa. Paling banyak dua cincin pada sebelah tangan sahaja supaya penampilan kelihatan kemas dan anggun.

4. Perbezaan antara cincin buatan tangan dengan buatan mesin adalah harganya. Buatan tangan lebih mahal namun boleh diubahsuai tanpa menjejaskan rekaan, manakala sebarang ubahsuai pada cincin buatan mesin boleh dilihat jelas, namun ia lebih berkilat dan kemasannya juga lebih cantik.

5. Set barang kemas bertatah batu permata lebih sesuai untuk majlis pertunangan sementara set barang kemas bertatah berlian adalah untuk majlis pernikahan.

6. Wanita berkulit hitam manis lebih menawan memakai warna emas yang agak pudar (matte) dan koleksi emas berona merah jambu.

7. Kulit sawo matang pula lebih terserlah dengan emas putih dan emas kemerah-merahan. Yang berkulit gelap lebih anggun dengan barang kemas rona emas kuning.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan