7 Tips Penting Sebelum Pajak Emas

pajak emas di ar-rahnu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Maksud bagi perkataan pajak emas adalah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Jika harga emas naik, kita boleh buat ‘overlaps‘ pinjaman. Overlaps bermaksud pertambahan hutang dan ianyanya bukan pendapatan pasif sebagaimana sesetengah orang yang salah faham akan maksudnya. Ianya perlu dibayar balik.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa tips penting sebelum anda memajak emas anda;

1. Pilih masa yang paling sesuai

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk memajak emas adalah apabila;

  • Teknik manipulasi pinjaman Ar-Rahnu – Apabila harga emas jatuh mendadak, (mungkin melebihi lapan sehingga 10 peratus) untuk mendapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Cuma teknik ini yang harus kita tahu adalah risiko rugi lebih besar daripada potensi untung.
  • Modal pusingan bisnes – Apabila hendak gunakan duit untuk pusing modal bisnes yang menguntungkan, melebihi kos pajakan 1.15 peratus sebulan.
  • Belanja hangus – Apabila hendak gunakan duit untuk belanja hangus, tetapi ktia telah pun mengenal pasti sumber duit untuk membayar semula pinjaman Ar-Rahnu tersebut.

Sekiranya tidak dapat mengenal pasti sumber duit untuk membayar semula pinjaman, jangan sesekali gunakan duit pinjaman tersebut untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang susut nilai seperti menukar rim kereta.

2. Pajak emas mengikut modal diperlukan sahaja

Margin pinjaman Ar-Rahnu biasanya sekitar 65 hingga 70 peratus. Jadi, jika kita perlukan duit sekitar RM6500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10000. Tidak perlulah pajak emas yang bernilai RM20000. Nanti kita akan dapat pinjaman berlebihan yang tidak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tidak sepatutnya.

3. Satu emas satu surat pajak

Kalau hendak mudah untuk menebus, pastikan satu emas satu surat pajak. Katakanlah anda pajak tiga utas rantai tangan, pastikan setiap utas rantai mempunyai satu surat pajak. Ia akan memudahkan untuk kita tebus satu per satu nanti. Jika tiga utas rantai itu didaftarkan atas surat pajak sahaja, kita terpaksa menebus kesemuanya sekali gus.

Cuma apabila buat banyak surat pajak, kita terpaksa tunggu lama untuk prosesnya. Kalau sepuluh utas rantai tangan, mungkin dua atau tiga jam baru siap prosesnya kerana kita dan pegawai Ar-Rahnu perlu isi dan proses sepuluh borang. Ianya agak merumitkan.

4. Tebus emas secepat mungkin

Biasanya Ar-Rahnu bagi tempoh pinjaman selama enam bulan. Namun jika sudah selesai urus niaga menggunakan duit pinjaman itu, anda harus cepat menebus kerana caj biasanya dikenakan secara bulanan. Jika sebulan sudah selesai dan ditebus semula selepas memajak di Ar-Rahnu selama sebulan, maka caj upah simpan yang dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Anda tidak perlu menunggu cukup tempoh matang enam bulan. Anda sudah jimatkan duit daripada membayar kos upah simpan yang tak sepatutnya.

5. Hati-hati pajak emas yang di dalam plastik

Ar-Rahnu akan menguji ketulenan emas sebelum memberi kelulusan pinjaman. Jika emas tersebut dibalut plastik kekal, pembalut kekal itu perlu dipotong (dirosakkan) terlebih dahulu bagi mendapatkan emas berkenaan.

Apabila pembalut plastik itu dipotong, biasanya pengeluar akan mengenakan spread yang lebih tinggi sehingga 25 peratus jika kita ingin menjualnya semula. Pastikan anda semak terlebih dahulu syarat yang dikenakan oleh pengeluar jika anda mahu menjual emas yang telah pun dipotong pembalut plastik itu.

6. Jaga nama baik dalam rekod CCRIS

Walaupun Ar-Rahnu adalah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir-akhir ini. Untuk makluman, ini adalah Ar-Rahnu yang berkaitan dengan bank seperti Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan sebagainya.

Ini bermakna jika anda ingin membuat pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman Ar-Rahnu.

[gambar koleksi emas]

7. Ambil gambar emas sebelum pajak

Apabila hendak menjual surat pajak, pembeli biasanya terlebih dahulu mahu melihat gambar emas tersebut, terutamanya pembeli barang kemas. Jika reka bentuknya menepati cita rasa, mereka akan membelinya. Maka kita perlu menyimpan gambar emas berkenaan supaya senang dipromosi untuk dapatkan pembeli. Jika tidak, susah hendak dapatkan pembeli.

Di atas adalah 7 tips penting sebelum memajak emas di Ar-Rahnu. Rancang terlebih dahulu dan pastikan anda pajak emas dengan strategi yang betul.

 

Artikel Seterusnya: Perbezaan Emas 999 & Emas 916

 

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field