Adakah Emas Asli Tidak Berubah Jika Dibakar?

emas-asli-atau-emas-palsu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sudah dari dahulu lagi emas asli adalah salah satu logam yang bernilai tinggi. Ia adalah kerana pada masa dahulu tidak ramai yang cuba memalsukan untuk mendapatkan keuntungan. Orang ramai atau pemilik emas pastinya tidak mahu tertipu dalam membuat urusan jual beli emas. Mereka pastinya akan mencari jalan untuk membezakan antara emas asli atau emas palsu.

Bayangkan sahaja jika emas yang anda beli itu adalah emas palsu, pastinya anda akan rugi besar. Segala wang yang sudah anda simpan dan laburkan akan hilang begitu sahaja. Lebih-lebih lagi jika anda membeli emas untuk berniat sebagai untuk simpanan atau pelaburan pada masa hadapan, ini pastinya akan mengganggu fikiran anda.

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk kita mengenali sama ada emas tersebut asli atau pun tidak.

Cara yang cukup mudah untuk kita orang awam supaya emas yang kita beli terjamin keasliannya adalah dengan membeli emas hanya dari tempat-tempat yang dipercayai sahaja. Ini cukup mudah jika anda yang ingin membeli emas, anda boleh ke kedai emas kami iaitu Kedai Emas Angsa Emas atau anda boleh beli secara online di sini. Kami mempunyai pelbagai koleksi barangan kemas antaranya Amora, Bellaz, Turkiya, Dia dan lain-lain lagi. Kedai emas kami terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Anda harus ekstra berhati-hati di dalam proses pembelian emas ini. Selain daripada membeli emas di kedai-kedai emas yang dipercayai, anda juga harus pastikan kadar emas pada perhiasan yang anda beli itu sama seperti yang dikatakan oleh penjual. Ini bertujuan supaya bila suatu masa nanti jika anda ingin menjualnya harga yang anda dapatkan tidak terjejas lagi kerana kadar emas yang tidak sesuai.

check emas asli

Cara Uji Emas Asli Dengan Dibakar

Sekali sekala mungkin ada dikalangan anda terutamanya golongan wanita yang mendapat hadiah berupa emas daripada orang-orang kesayangan anda. Pastinya anda tidak tahu dari mana emas tersebut dibeli dan jika emas tersebut tidak disertai dengan sijil keaslian emas pasti menimbulkan keraguan anda tentang keaslian emas tersebut. Pasti anda mencari cara untuk mengetahui emas tersebut asli atau tidak.

Pada masa kini banyak alat yang canggih dan cepat dalam mengukur kadar emas. Secara umumnya kebanyakan kedai-kedai emas juga pastinya memiliki alat canggih tersebut. Alat menguji emas yang canggih memungkinkan kita untuk mengetahui kadar emas tanpa perlu menggosok emas.

Selain menguji kadar emas dengan peralatan canggih, masyarakat kita juga pastinya mempunyai cara lain atau kaedah tradisional untuk menguji sama ada emas itu asli atau tidak dan salah satu cara tersebut adalah dengan membakar emas tersebut. Apabila kita mendengar cara menguji keaslian emas dengan membakarnya, umumnya orang akan bertanya:

  • Apakah akan terjadi kepada emas tersebut apabila dibakar?
  • Adakah dengan cara membakar emas untuk menguji keaslian emas itu betul?

Peringatan, sebelum anda cuba untuk membakar emas atau perhiasan emas milik anda, anda harus mengetahui bahawa membakar perhiasan emas sangat berpotensi merosakkan perhiasan tersebut.

Ini adalah video contoh bagaimana jika perhiasan emas dengan kadar emas berbeza dibakar dengan pemetik api (kredit video Hadi Channel):

Daripada video ini anda dapat lihat bahawa emas asli apabila dibakar ianya tidak bertukar atau menjadi hitam. Jika ianya bercampur dengan logam lain pastinya ia akan bertukar menjadi kehitaman.

Jadi Adakah Dengan Membakar Emas Untuk Menguji Emas Itu Asli Adalah Benar?

Membakar emas untuk menguji keaslian emas sebaiknya anda tidak lakukan kerana perhiasan emas yang kadarnya kurang daripada 24 karat sememangnya dicampurkan dengan logam lain. Itu akan menjadi penyebab perhiasan emas anda akan rosak. Jika anda sememangnya suka mengambil risiko, anda bolehlah berbuat demikian.

Apabila perhiasan emas itu dibakar ia akan meninggalkan bekas hitam secara automatik ia membuat perhiasan emas tersebut palsu dan tidak berharga. Maka dari itu dinasihati tidak menguji keaslian perhiasan emas dengan membakarnya karena ia boleh merosakkan perhiasan emas tersebut dan menurunkan harga jualnya.

 

Artikel seterusnya : Empat Cara Menyimpan Emas Fizikal Dengan Selamat

3/5 (2 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field