Barangan Kemas? 5 Perkara Lelaki Wajib Tahu Sebelum Membeli

Kenapa-Pelaburan-Emas-Fakta-Harga Emas Semasa
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Saya kenalpasti antara satu sebab kenapa saya kurang berjaya membeli hadiah barangan kemas kepada isteri dalam 16 tahun yang lalu disebabkan banyak perkara yang saya tak ambil tahu. Ya tak ambil tahu tentang perhiasan wanita iaitu barangan kemas, intan, permata, berlian, dan sebagainya.

Jadi setelah 16 tahun yang lalu ni, Tokki berjaya lah ringkas kan beberapa tips yang pembaca boleh cuba praktikkan sebelum mendapatkan hadiah untuk si isteri tercinta. Tips yang Tokki kongsikan ni mungkin boleh lah dijadikan idea untuk anda semua memikat hati si isteri untuk hadiah ulang tahun, hadiah hari jadi dan sebagainya. Apa yang Tokki nak sampaikan ni, Tokki dapat dari pembacaan Tokki antaranya dari buku “His Guide To Her Jewelry”.

Rantai emas, Gelang Emas Angsa Emas Sdn Bhd Kedai Emas Bangi dan Kedai Emas Wangsa Maju

1. Beli Emas/ Barang Kemas Tanpa Si Isteri

Awas! Ni peraturan No.1 sebelum kau teruskan tips-tips yang lain bakal Tokki kongsikan. Kalau korang rasakan moment ini adalah moment yang penting untuk diingati isteri, dan kemudian harga emas yang bakal dibeli agak tinggi sebelum membeli.

Kalau nak buat suprise pun untuk si Isteri nak belikan barang kemas, korang boleh pilih untuk berikan kupon atau voucher dengan nilai yang anda inginkan. Voucer atau kupon tu mungkin boleh didapati dari kedai-kedai emas.

Nanti biarkan si isteri anda buat pilihan dia sendiri dekat kedai emas tu kalau si suami tak dapat nak join bila ke kedai emas. Jangan main rambang belikan tanpa si Isteri suka design yang kita pilih tu. Bila hidup berpasangan ni, penting untuk kita hargai isteri, tapi dalam tips ni, penting juga kita hormati pandangan dan pilihan si dia.

Baru lah hidup saling lengkap melengkapi.

2. 3 Waktu Yang Terbaik Untuk Berikan Si Isteri Perhiasan Barang Kemas

Hidup ni kita kena bersyukur, Allah dah janjikan,

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
 
Surah Ibrahim 14:7
Syukur ni sangat berkait rapat dengan memberi. Sama juga konsep antara kita berterima kasih dengan manusia seperti kepada si isteri yang bertungkus lumus uruskan rumah tangga, jaga anak, lahirkan anak, susukan anak. Tak salah pun cara kita hargai dia dengan berikan seutas rantai emas ke, gelang emas ke atau cincin emas.
Sekarang ni macam-macam jenis design reka bentuk barangan kemas yang cantik-cantik macam Emas Pandora, Amora (Koleksi Design Barangan Kemas Modern Angsa Emas Sdn Bhd) dan macam-macam lagi rekabentuk emas, ada yang Poh Kong, ada Wah Chan, Ada Tomei, ada Bulgari. Korang buat lah pilihan sendiri. Tapi kalau Tokki, Tokki pilih kat Kedai Emas Angsa Emas Sdn Bhd je lah, banyak pilihan, design pulak eksklusif & moden pada harga yang berbaloi-baloi. Amacam?
Jadi, ada 3 waktu yang terbaik untuk anda hadiahkan si isteri dengan barangan kemas ala-ala pandora atau design-design modern yang anda boleh dapatkan dari Angsa Emas.
  1. Sempena Ulang Tahun Perkahwinan
  2. Hadiah atas pengorbanan mengandungkan dan melahirkan anak
  3. Sebagai hadiah hari jadi dengan barangan kemas.

Tokki faham, mungkin ada di antara pembaca mungkin kurang berkemampuan, tapi tips ke-3 ni adalah kaedah yang Tokki boleh kongsikan bagaimana dapat berikan hadiah barang kemas seperti rantai tangan emas kepada Isteri walaupun bajet ciput.

3. Buat Target dan Menyimpan Emas

Set target, contoh untuk ulang tahun perkahwinan tahun ni Tokki tak dapat nak berikan hadiah gelang tangan emas pandora. So apa Tokki buat adalah dengan set la target siap-siap untuk setahun dari sekarang. Jadi ada tempoh 12 bulan untuk Tokki standby.

Dalam tempoh 12 bulan tu, Tokki galakkan sangat-sangat korang simpan sekurang-kurangnya gold bar 1 Gram dalam seminggu, nilai satu Gold bar 1 Gram bulan April 2019 Tokki beli untuk agen-agen Tokki haritu RM183 je. Tak dapat seminggu 1 Gram, dapat sebulan 2 Gram atau 1 Gram pun dah ok.

Jadi 12 bulan anda sekurang-kurangnya dapat lah dalam 12 Gram ke 24 Gram Emas 999 atau emas sepuluh. Kalau ada 12 Gram dan anggaran harga emas semasa pada hari tersebut ialah RM200, dapat lah RM2400. Kalau ada 24 Gram, dapat lah dalam RM4800. (Ni anggaran je Tokki bagi, jangan lah korang cakap Tokki Manipulasi Emas, jadi Kes Tokki Berlagak pulak nanti. haha…). Tokki bukan along, Tokki cuma nak tolong bagi idea.

Anggaran dengan idea Tokki ni mungkin lepas lah korang nak belikan seutas rantai tangan emas atau gelang emas atau cincin emas tanda kasih sayang suami pada si isteri.

Tips ni sebenarnya dah termasuk dalam topik Pelaburan Emas, tapi Tokki bukan Tuan Azizi Ali nak ajar korang melabur emas ni. Ni adalah tips macam mana dengan mudah untuk hargai pasangan korang, bak kata orang jawa, soulmate.

4. Kedai Emas Penipu Jadi Pilihan

Macam mana nak tahu kedai emas yang boleh dipercayai? Tokki bukan nak burukkan kedai emas lain, ni cuma perkongsian supaya anda berjaga-jaga.

Barangan Kemas? 5 Perkara Lelaki Wajib Tahu Sebelum Membeli 1 Barangan Kemas? 5 Perkara Lelaki Wajib Tahu Sebelum Membeli 2

Sekarang ni banyak kes scam, orang tak fikirkan dah halal haram, untung ke rugi ke Riba ke. Baru dalam beberapa bulan lepas, kecoh ada satu kedai emas di Utara Tanah Air Malaysia kita yang tercinta ni, ada kedai emas yang menipu kandungan emas. Korang boleh baca tentang kes kedai emas yang menipu tu di sini : Perempuan Ini Kongsi Kiraan Harga Emas Selepas Hampir Disembelih Kedai Emas Di Kedah.

barangan kemas harga semasa hari ini gelang emas pandora emas malaysia emas 916
Kredit Gambar : The Vocket

Harga emas semasa adalah perkara yang korang perlu ambil kira sebelum nak membeli emas. Harga emas hari ini berbeza dengan harga emas semalam, jadi kena alert tentang ni. Lelaki biasanya kurang ambil tahu tentang harga emas ni, maklumkah biasa isteri je yang ambil tahu.

Kalau nak dapatkan khidmat nasihat berkenaan pemilihan emas, korang boleh datang ke kedai emas Angsa Emas, kedai emas kami terdapat di Bangi, Wangsa Maju dan Shah Alam. InsyaALLAH kami cuba berikan anda layanan yang terbaik. Anda tak beli tak apa, datang tengok-tengok dulu, ataupun boleh layari Facebook atau Instagram kami juga untuk lihat koleksi yang terkini dan model design emas yang terbaru oleh Angsa Emas.

5. Rantai Tangan Emas, Gelang Emas atau Cincin Emas?

Macam mana nak tentukan pilihan hati isteri anda nanti ye? Lihatlah pada kehendak dan keperluan, jangan rungsing tentang part ni. Cuma sebelum nak pergi beli tu, maklumkan siap-siap pada Isteri sebelum pergi kedai emas tu berapa bajet yang anda ada untuk berikan hadiah pada si isteri tu.

Jadi tak lah nanti anda terkejut beruk bila isteri pilih rantai tangan emas yang berkilo-kilo beratnya.hehe… Sekarang ni Tokki teringin sangat nak Isteri Tokki pakai Rantai Leher Emas yang ada charms macam model-model Pandora Emas 916 tu. Yang ada design bunga-bunga tu.

Kalau rasa dah lama anda tak sarung cincin kat jari isteri, boleh lah hadiahkan pada dia cincin emas, jangan dok asyik fikirkan payung emas je, bagi dulu emas banyak-banyak kat si isteri baru fikir payung emas apa anda nak bagi.hehe…

Penutup

Maka tersimpul lah rapi 5 Tips yang dapat Tokki kongsikan pada artikel tips membeli emas kali ini. Jangan takut untuk pasang impian. Tapi selain dari berikan rantai tangan emas pada isteri, boleh jugak dapatkan idea untuk belikan Ibu kandung kita seutas gelang emas sebagai tanda kasih sayang kita pada mak yang melahirkan kita. Doakan Tokki dapat berikan kasih sayang yang adil pada isteri, pada emak Tokki selagi dia masih hidup ni.

InsyaALLAH kalau niat kita baik, Allah pasti akan lorongkan. Dalam bulan Ramadhan Al Mubarak tahun 2019/1440Hijrah ni, mudah-mudahan impian, doa anda semua ALLAH kabulkan, insyaALLAH Tokki doakan korang juga untuk dapat capai impian macam apa yang Tokki kongsikan di atas ni.

Terima kasih atas kesudian anda untuk dengar celotehan Tokki kali ini. Share lah artikel ni, InsyaALLAH dengan perkongsian artikel ni pada kawan-kawan, pada suami, pada isteri, mungkin esok anda dapat hadirkan rasa kasih sayang orang lain. Dapat pahala percuma kan.

Ok, sampai sini je.

Salam sayang dari Tokki untuk para suami-suami mithali.

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field