Buat Pinjaman untuk Beli Emas, Adakah Berbaloi?

beli emas guna duit pinjaman
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Pada tahun 2012 ke bawah, kebanyakan orang ramai mengesyorkan untuk membuat pinjaman untuk beli emas. Pada masa itu, kalau anda beli emas hari ini, pendek kata enam bulan akan datang pasti untung jika anda menjualnya. Bahkan setelah empat atau lima tahun, kita sudah boleh membuat pembayaran penuh pinjaman tersebut masih mempunyai baki beberapa kepingan emas. Ianya seperti anda mendapatkannya secara percuma.

Dengan andaian harga emas naik sekitar 20 peratus setahun, memang logik strategi untuk membeli emas menggunakan duit pinjaman peribadi. Namun, apabila harga emas jatuh sekitar 25 peratus pada tahun 2013, maka kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk membeli emas. Langkah terbaik adalah dengan mengenalpasti paras harga yang agak selamat untuk beli emas dengan duit pinjaman.

buat pinjaman beli emas

Beli Emas Menggunakan Duit Simpanan Lebih Baik

Secara asasnya, lebih baik anda beli emas menggunakan duit simpanan tunai sahaja tanpa perlu membuat pinjaman. Emas adalah salah satu bentuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Daripada duit itu terbiar terlalu banyak dalam bentuk wang kertas, lebih baik ia disimpan dalam bentuk yang lebih selamat nilainya iaitu emas.

Kesimpulannya, lebih baik membeli emas menggunakan duit simpanan sahaja. Cuma dalam beberapa situasi, pinjaman boleh dibuat untuk beli emas seperti;

Hendak memaksa diri menyimpan

Ia adalah sebagai salah satu cara ‘paksa diri’ menyimpan setiap bulan. Ramai yang boleh mendisplinkan diri untuk membayar hutang, tetapi tidak ramai yang boleh disiplinkan diri untuk menyimpan. Dengan membuat pinjaman untuk beli emas adalah lebih baik berbanding langsung tak boleh menyimpan. Sekurang-kurangnya selepas selesai membayar pinjaman, kita ada simpanan dalam bentuk emas.

Namun dengan bersyarat iaitu duit pinjaman itu betul-betul digunakan untuk membeli emas, bukan dibelanjakan sebahagiannya untuk perkara lain dan selebihnya barulah untuk beli emas.

Hendak jana pendapatan sebagai ejen emas

Ada orang yang memang minat dengan emas. Mereka suka bercerita dan mempromosikan kepada orang lain supaya simpan emas (walaupun tidak dibayar). Akan tetapi apabila ada orang hendak membeli emas, dia tidak dapat membantu kerana dia bukannya ejen syarikat emas. Hanya ejen sahaja yang boleh membantu untuk urusan jual beli emas . Pastikan ejen tersebut adalah ejen yang sah kerana untuk mengelakkan anda tertipu.

Bagi sesiapa yang membuat pinjaman untuk menjadi ejen emas yang aktif, syaratnya dia mesti belajar daripada ejen yang berjaya sebaik-baiknya selepas dia menjadi ejen. Kalau pun tidak berjaya menjana pendapatan yang berbaloi sebagai ejen, duit itu sebenarnya tidak lebur. Anda boleh jual balik emas tersebut untuk membayar balik pinjaman.

Jadi kesimpulannya, adalah berbaloi beli emas dengan duit pinjaman? Ianya bergantung kepada kedudukan dan matlamat kewangan masing-masing.

 

Artikel Seterusnya: Apa Itu Cincin Belah Rotan?

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field