5 Cara Jual Emas Dengan Harga Tinggi

jual emas di kedai emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Semestinya anda ingin menjual emas dengan harga semaksima mungkin kan? Tapi tahukah anda cara untuk jual emas dengan harga tinggi? Jual di kedai emas? Pajak gadai?

Orang Melayu pada zaman dahulu menyimpan emas untuk untuk perhiasan dan sebagai harta peninggalan untuk anak cucu. Pada zaman dahulu juga belum ada lagi emas pelaburan iaitu jongkong emas atau emas dinar, jadi orang zaman dahulu membeli emas perhiasan sebagai simpanan dan pelaburan masa depan.

 

Menjual emas tidak sama seperti menjual produk-produk yang lain, produk lain biasanya harganya akan rendah selepas beli dan semakin lama semakin tidak bernilai, tetapi nilai emas setiap hari semakin naik dalam jangkamasa panjang. Emas sebenarnya adalah wang tunai kerana mudah di tunaikan kerana laku seluruh dunia. Jadi lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan duit di bank atau barangan lain yang susah ditunaikan.

Walaupun emas amat mudah dijual dan laku seluruh dunia, pastinya kita mahukan harga jualan emas yang kita miliki dapat di jual dengan harga tertinggi. Setiap syarikat emas atau kedai emas meletakkan harga jual emas dan harga beli emas yang berbeza.

Bagaimana cara untuk mendapatkan nilai tertinggi untuk emas perhiasan atau jongkong emas yang mahu di jual?

jual-emas-kedai-emas-wangsa-maju

Petua atau cara untuk jual emas dengan harga yang tertinggi

1. Bandingkan harga jualan emas

Harga emas bukan harga kawalan jadi harga beli emas, harga jual emas dan peratus spread harga emas adalah berbeza bagi setiap syarikat emas atau kedai emas, jadi sebelum menjual emas hendaklah menyemak harga jual emas terlebih dahulu supaya nilai harga jual emas mendapat harga yang tertinggi. Harga jual (buyback) emas adalah lebih rendah daripada harga semasa emas. Biasanya harga jual emas di kedai emas kurang 20% hingga 30% daripada harga semasa emas.

Harga jual emas yang berkurang ini dikenali peratus susut nilai emas atau peratus spread emas yang dikenakan oleh semua syarikat emas atau kedai emas. Untuk mendapatkan harga tertinggi bagi nilai emas, hendaklah membuat perbandingan harga jual emas untuk beberapa syarikat atau kedai emas. Di zaman online ini, anda boleh membuat perbandingan harga jual emas dengan mudah iaitu menyemak harga jual emas pada website syarikat pelaburan emas atau tanya harga jual emas syarikat emas terbabit. Cari Kedai emas dengan Harga Buyback Terbaik. Sebelum bersetuju menjual emas, pastikan mendapatkan dua atau tiga penawaran harga dari kedai atau syarikat emas yang berbeza.

2. Menjual emas kepada syarikat atau kedai emas asal

Petua menjual emas dapat harga emas tinggi adalah menjual emas di kedai emas atau syarikat emas asal membeli dahulu. Dimana anda beli, di situlah lah anda jual semula. Ini adalah untuk mengelak daripada potongan harga jual atau susut nilai emas yang tinggi. Di sinilah pentingnya membeli emas di syarikat emas yang besar, kukuh, mempunyai banyak cawangan agar mudah menjual emas dengan harga tinggi di saat kita memerlukan wang. Kami Angsa Emas adalah kedai emas kukuh yang beroperasi di Bangi dan mempunyai cawangan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Jika menjual emas di syarikat yang berlainan, harga emas akan di potong lebih rendah. Contohnya, spread atau susut nilai harga emas public gold bagi 1 dinar emas ialah 6% dan emas 1 dinar syarikat X di jual kepada public gold, Public gold akan membeli balik (buyback) emas jenama X dengan harga susut nilai lebih kurang 12%. Jadi di sini penyimpan emas akan rugi jika menjual emas di syarikat yang berlainan. Adalah penting membeli emas daripada syarikat emas yang kukuh dan mempunyai banyak cawangan untuk memudahkan urusan jual beli emas.

Adalah tiada guna jika membeli emas yang murah daripada syarikat emas asing atau syarikat tertentu, sedangkan dapat nilai yang rendah apabila di jual kerana potongan susut nilai harga emas 20% hingga 30%. Kenapa harga emas di potong atau susut nilai tinggi dari syarikat emas berlainan ? Ini adalah kerana kos melebur semula emas dan kos memproses semula emas yang perlu di tanggung oleh syarikat emas terbabit. Bagi syarikat emas yang besar seperti Public Gold yang mempunyai kilang sendiri, kos yang perlu di tanggung adalah sedikit, sebab itulah public gold tidak memotong harga jual spread dalam program X-plan atau mengenakan potongan harga yang sedikit bagi produk emas lama atau jenama lain yang di jual di Public Gold.

3. Jual emas kepada pelanggan, pengguna atau dealer

Bagi mendapat hasil jualan emas dengan harga tertinggi adalah melalui usaha promosi jualan kepada pelanggan/pengguna atau dealer emas. Teknik jualan ini memerlukan usaha promosikan emas anda secara terus kepada pelanggan atau penyimpan emas melalui media sosial seperti kumpulan facebook, iklan dan sebagainya. Melalui cara ini emas jualan anda akan bernilai tinggi dari harga susut nilai emas atau daripada di jual kepada kedai emas dan sebagainya.

Pengedar emas atau dealer syarikat emas biasanya mempunyai ramai pelanggan atau kumpulannya sendiri. Menjual emas kepada dealer emas mombolehkan harga emas anda bernilai lebih tinggi dari harga jual semasa (we buy), tapi rendah dari harga emas semasa (we sell). Ini adalah kerana dealer emas boleh menjual emas tersebut secara terus kepada pelanggannya.

4. Mempertingkatkan ilmu dalam bidang jual beli emas

Sebelum menjual emas, mestilah menpunyai sedikit ilmu jenis emas atau ketulenanya kerana setiap jenis emas mempunyai harga yang berlainan. Ketulenan emas adalah berdasarkan jenis emas atau nilai karat emas. Contohnya emas 916 mempunyai 22K karat bernilai lebih rendah daripada emas 999.9 yang mempunyai 24K karat. Ketulenan emas biasanya di cop pada emas tersebut atau pada resit belian emas. Kita mestilah mempunyai sedikit ilmu emas untuk mengelak daripada di tipu semasa menjual emas atau barangan kemas.

5. Jual emas kepada syarikat yang lain

Syarikat emas yang berjenama biasanya akan menjaga nama syarikatnya dan membeli emas dengan harga yang lebih tinggi daripada kedai emas atau pembeli emas di kaki lima. Menjual emas kepada syarikat emas besar berjenama lain adalah cara terakhir untuk mendapat nilai harga emas tinggi bagi emas dan mengelak daripada di tipu.

 

Artikel Seterusnya : Standard Emas di Malaysia

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1 thought on “5 Cara Jual Emas Dengan Harga Tinggi”

  1. Poh Kong will deduct 30% if u Ada resit. Dan jikalau takde resit poh kong akan deduct 45-50% dari harga Asal.

    Baik simpan cash in strong foreign currency or beli property..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan