Cincin Emas Putih, Bagaimana Cara Kenalpasti Keasliannya?

cincin-emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Barang kemas seperti cincin dibuat menggunakan semua jenis logam, termasuklah emas putih dan perak. Emas putih dan perak mempunyai warna kelabu putih yang sama, tetapi setiap logam mempunyai ciri-ciri uniknya sendiri. Mengetahui perbezaan setiap logam sebelum membeli cincin membantu memastikan anda mendapatkan cincin yang memenuhi keperluan anda. Untuk mengenalpasti keaslian cincin seperti cincin emas putih juga penting bagi mengelakkan anda ditipu.

Pada kali ini kami akan berkongsi tentang sedikit info berkenaan cincin emas putih serta bagaimana cara untuk mengenal keasliannya.

cincin emas putih

 

Terlebih dahulu kita perlu mengetahui bagaimana cara untuk mengenalpasti keaslian cincin emas tersebut. Di bawah ini akan kami akan menjelaskan bagaimana cara untuk mengetahui sebuah cincin emas putih yang asli. Tips tersebut akan membantu anda untuk mendapatkan cincin emas putih yang asli.

Ciri-ciri emas putih

Langkah permulaan untuk mengetahui keaslian sebuah cincin emas putih adalah dengan mengetahui apa saja ciri-ciri emas putih. Memang tidak mudah untuk mengetahui ciri-ciri emas putih tapi cara sederhana ini dapat membantu anda untuk menemukan cincin emas putih yang anda inginkan. Ciri yang cukup mudah sebuah emas putih adalah memiliki cap khusus. Perlu anda tahu bahawa setiap emas putih dilengkapi dengan cap khusus. Pada emas putih yang asli, cap akan terlihat halus. Untuk memastikannya, anda dapat melihatnya dengan bantuan kaca pembesar.

Menggigit emas

cara kenal keaslian cincin emas putih

Cara berikutnya untuk mengetahui keaslian sebuah emas putih adalah dengan cara mengigitnya. Memang cara ini kurang disyorkan kerana selain dapat merosakkan gigi, cara ini juga boleh merosakkan cincin itu sendiri jika ianya didapati tidak asli. Caranya adalah gigitlah emas itu pada bahagian tertentu yang menurut anda mudah untuk digigit. Jika anda dapat melihat bekas gigitan pada permukaan emas itu, maka dapat dibuktikan bahawa cincin emas yang anda miliki tersebut adalah palsu tapi jika gigitan tidak meninggalkan bekas maka ia bermaksud cincin yang anda beli itu adalah asli. Seperti yang sudah dijelaskan di awal tadi bahawa cara ini cukup berisiko, terutama jika cincin tersebut bukanlah cincin yang asli.

Menggunakan magnet

cara kenal pasti emas asli

Ini adalah salah satu cara yang cukup mudah untuk mengetahui keaslian sebuah emas putih. Anda boleh menggunakan magnet untuk mengetahui keasliannya. Caranya adalah dengan mendekatkan magnet tersebut ke cincin anda. jika cincin itu tertarik oleh magnet maka dapat dipastikan cincin tersebut adalah palsu. Cincin yang tertarik oleh magnet mungkin dibuat daripada besi atau logam lain yang mudah tertarik oleh magnet. Yang harus anda perhatikan jika anda menggunakan cara ini adalah gunakanlah magnet yang berukuran besar kerana magnet berukuran besar memiliki daya tarik yang besar juga. Jadi ia lebih mudah untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Gores emas tersebut

Cara yang seterusnya untuk mengetahui adakah cincin emas putih yang anda miliki itu  sama ada asli atau tidak adalah dengan menggoreskannya ke seramik atau kertas. Sama seperti apabila anda menggunakan cara menggigit emas, cara yang ini juga cukup berisiko untuk dilakukan, terutamanya jika emas yang anda miliki bukanlah emas putih yang asli. Cara untuk menggunakan teknik ini adalah dengan menggoreskan emas pada lantai seramik atau piring seramik. Jika terdapat habuk hitam hasil daripada goresan emas itu maka dapat dipastikan bahawa cincin tersebut adalah palsu. Cara lain untuk mengujinya adalah dengan menggunakan kertas. Sama seperti jika anda menggunakan piring seramik, iaitu dengan menggoreskannya pada kertas. Jika terdapat bekas-bekas habuk hitam daripada  goresan tersebut maka dapat dibuktikan bahawa emas itu palsu.

Lihat sijil cincin emas putih

Cara lain untuk mengetahui keaslian sebuah emas putih adalah dengan melihat sijilnya. Sijil yang dapat dipercayai adalah sijil yang dikeluarkan daripada kedai-kedai emas yang dipercayai dan  terbukti kredibilitinya. Selain daripada sijil, benda lain yang juga harus anda perhatikan adalah dengan memperhatikan kedai emas yang anda kunjungi. Jika kredibilitinya dipercayai serta diiktiraf oleh orang ramai, maka peratusan untuk mendapatkan cincin emas putih yang palsu adalah sangat kecil.

 

Artikel Seterusnya : Pengenalan Kepada Gelang Emas, Cincin Emas dan Pandora

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field