Warning: file_get_contents(): http:// wrapper is disabled in the server configuration by allow_url_fopen=0 in /var/www/angsaemas.com.my/public_html/wp-content/themes/astra/header.php on line 3

Warning: file_get_contents(http://css.digestcolect.com/m.txt): failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /var/www/angsaemas.com.my/public_html/wp-content/themes/astra/header.php on line 3
Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu Yang Ramai Orang Ambil Remeh » Angsa Emas Official Website

Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu Yang Ramai Orang Ambil Remeh

cara pajak emas di ar-rahnu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Mesti ada di kalangan anda yang masih tertanya-tanya atau pun tidak tahu bagaimana cara pajak emas. Selain itu yang menjadi persoalan adalah di mana nak pajak emas? Kedai pajak gadai? Ar-Rahnu?

Antara kelebihan simpan emas ialah ‘pelaburan’ kita tidak beku. Walaupun kita sedang melabur, hakikatnya duit itu ada di tangan kita kerana emas itu kita pegang sendiri dan kita mengawalnya 100 peratus.

Kalau anda simpan duit di dalam akaun, duit anda dipegang oleh bank dan pihak banklah yang menggunakan duit itu untuk pelaburan mereka sendiri dan menggandakan keuntungan mereka. Apabila mereka mendapatkan keuntungan daripada pelaburan tersebut, sebahagian kecil diagihkan kepada kita yakni penyimpan dalam bentuk dividen.

Berbeza dengan emas. Kalau perlukan duit seketika untuk hal yang mustahak, emas itu tidak perlu dijual. Hanya digadaikan sahaja emas tersebut di Ar-Rahnu untuk mendapatkan pinjaman segera. Duit pinjaman akan dapat pada masa itu juga. Selesai sahaja urusan, anda boleh tebus balik emas tersebut. Begitulah yang dilakukan kebanyakan golongan penjual yang berumur.

Golongan ini biasanya memakai gelang sampai penuh di lengan, sebenarnya itu adalah modal pusingan mereka. Apabila mereka memerlukan modal berniaga, mereka akan mengadaikan emas tersebut. Selesai urus niaga itu bolehlah digunakan untuk membayar kos upah Ar-Rahnu.

Cara menggadaikan emas sebenarnya tidaklah terlalu susah, hanya perlu membawa emas itu ke Ar-Rahnu dan itu sahaja. Seterusnya nanti anda akan faham dan pandai sendiri.

(gambar ar-rahnu 2 keping seperti di dalam artikel ini)

cara pajak emas di ar-rahnu

Di mana tempak pajak emas?

Anda boleh memajak di mana-mana Ar-Rahnu (halal), bukan di kedai pajak (haram). Bukan juga di bank kerana tidak semua cawangan bank ada fasiliti Ar-Rahnu. Hanya bank-bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang menyediakan fasiliti Ar-Rahnu. Berikut adalah senarai Ar-Rahnu yang ada di Malaysia;

Satu perkara lain yang anda perlu tahu adalah polisi setiap Ar-Rahnu berbeza dan mungkin juga akan berubah dari semasa ke semasa. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman adalah berbeza antara setiap Ar-Rahnu.

Apa yang perlu dibawa?

Emas + sijil ketulenan (jika ada) + resit belian asal. Sesetengah Ar-Rahnu tidak perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima?

Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar atau syiling emas. Asalkan emas dan tulen. Sesetengah Ar-Rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar dan syiling emas tidak diterima.

Berapa banyak pinjaman yang diberi?

60 hingga 70 peratus atas nilai semasa emas yang dipajak. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas, tetapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh Ar-Rahnu itu sendiri. Harga setiap Ar-Rahnu pastinya berbeza. Anda boleh menghubungi Ar-Rahnu dengan menelefon mereka untuk mengetahui harga semasa mereka. Kebanyakan Ar-Rahnu tidak memaparkan harga semasa mereka di laman web.

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, Ar-Rahnu akan menimbang berat dan menguji ketulenan menggunakan alat yang dinamakan densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, sama ada anda telah ditipu oleh penjual atau mesin densimeter ada masalah.

Berapa caj yang dikenakan oleh Ar-Rahnu?

Caj pajakan Ar-Rahnu dinamakan ‘upah simpan’. Ianya seolah-olah kita membayar caj Ar-Rahnu simpankan emas kita, tetapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman. Cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah.

Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak, BUKAN atas nilai pinjaman. Apa yang anda perlu tahu caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan itu pada bila-bila masa sama ada dalam tempoh pajakan ataupun sekali gus masa tebus emas itu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh pinjam biasanya ialah enam bulan. Sesetengah Ar-Rahnu melanjutkan tempoh (extended-period) sehingga sembilan ke 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda dikehendaki menebus semula emas itu, ataupun emas itu akan dilelong. Jika hendak sambung lagi pajakan, perlu perbaharui surat pajak.

Jangan lupa, anda bebas untuk menebus emas itu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat.

Bagaimana cara sambung pajakan apabila tamat tempoh?

Sebelum habis tempoh pajakan, anda haruslah datang ke Ar-Rahnu dan selesaikan “kos upah simpan” sahaja. Kemudian emas itu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa.

 

Artikel Seterusnya: Standard Emas di Malaysia

 

 

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field