Emas 916 & Emas 999 Yang Patut Anda Tahu

Beza Antara Emas 835, 916, 999 Dan 950 Yang Patut Anda Tahu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Anda peminat emas? Atau tengah berjinak-jinak dengan dunia emas? Anda tahu jenis Emas 916, 835, 999 atau 950? Pernah terfikir ada berapa jenis emas di dunia ni?

Oh ya lagi satu, berapa ketulenan emas tersebut. Macam mana nak tahu? Kalau semua itu persoalan yang bermain di fikiran anda, jadi artikel ini adalah untuk anda!

Jangan risau, artikel kali ini Tokki sediakan untuk mudah anda fahamkan jenis-jenis emas yang wajib anda tahu sebelum anda membeli atau sebelum anda tertipu. Biar melabur jangan melebur.

Jenis-jenis Emas

Terdapat 4 jenis emas yang berada di pasaran. Boleh teruskan bacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis emas ini:

  • Emas 999

Jenis Emas 916 dan Emas 999 untuk Cincin Emas, Gelang Emas dan Rantai Emas

    • Emas jenis ini adalah emas tulen dan tidak mempunyai campuran lain seperti emas 916 yang digunakan untuk membuat barang kemas
    • Kandungan emas 999 adalah 99.9% emas.
    • Turut dikenali sebagai emas 24k
    • Pernah tengok emas jongkong yang dalam filem tu? Tulah bentuk emas 999 ni.
    • Disebabkan tiada campuran bahan lain dalam emas jenis ini, harganya emas 999 lebih mahal dari emas lain
    • Emas 999 sangat bagus untuk pelaburan dan dijadikan simpanan

 

  • Emas 916

Rantai emas, Gelang Emas Angsa Emas Sdn Bhd Kedai Emas Bangi dan Kedai Emas Wangsa Maju

    • Emas jenis ini adalah emas yang dicampur dengan kandungan lain bagi menguatkan lagi bentuk emas ini
    • Emas 916 adalah emas yang digunakan dalam pembuatan barang kemas
    • Emas 22k adalah nama lain bagi jenis emas ini
    • Kandungan emas dalam emas 916 adalah sebanyak 91.6%
    • Kandungan lain mewakili 8.4% emas 916 ini
    • Perak 5% dan tembaga 3.4%
    • Gelang emas, cincin emas dan rantai emas adalah antara contoh emas 916
    • Orang perempuan paling cukup kenal dengan emas jenis ini
    • Harga emas 916 lebih murah daripada emas 999 kerana kandungan emasnya lebih rendah
  • Emas 950

    • Emas 950 juga dikenali sebagai emas 23k
    • Kandungan emasnya ialah 95.0% dan 5.0% adalah campuran bahan lain
    • Biasanya dibuat cincin dan gelang tangan
  • Emas 835

    • Emas 835 adalah emas yang mempunyai kandungan emas sebanyak 83.5%
    • 16.5% adalah campuran bahan-bahan lain untuk menguatkan emas ini
    • Emas ini dikenali sebagai emas 20k
    • Oh ya, emas jenis ini sangat popular di negeri Kelantan

Emas di Luar Negara

  • Emas di US dan Kanada

Rantai emas, Gelang Emas Angsa Emas Sdn Bhd Kedai Emas Bangi dan Kedai Emas Wangsa Maju Harga Emas Semasa

Jika anda pernah melancong ke luar negara terutamanya ke US dan Kanada, anda akan perasan kedai emas di sana memaparkan nilai seperti 14K, 18K hinggalah ke 24K. Mereka akan memaparkan nilai bagi setiap emas  yang dijual dengan nilai yang lebih dari 9 dan kurang 24 dengan “K” atau “kt” di belakang nombor tersebut. Di sana, 10k adalah nilai minimum sesuatu barang dinilai sebagai barang kemas. Jika kurang dari 10k maka barang tersebut tidak termasuk dalam kategori emas.

Oh ya pasti anda tertanya-tanya apakah nilah “K” tu kan? “K” ini merujuk kepada Karat. Ada juga negara yang mengejanya dengan “Carat”. Karat ini adalah satu ukuran untuk menentukan ketulenan emas. 1K mewakili 1/24K keseluruhan barang kemas. Jika satu-satu barang kemas itu dibuat dengan 14 bahagian emas dan 10 bahagian besi, makan barang kemas tersebut akan disebut sebagai 14K.

  • Emas Di Luar US dan Kanada

Negara di luar US dan Kanada tidak menggunakanya ejaan “Karat” sebaliknya menggunakan “Carat” untuk menunjukkan jumlah ketulenan emas. Anda akan perasan, mereka akan menggunakan “ct” di belakang nombor. Contohnya 14ct, 18ct dan 23ct. Nilai ini sama sebenarnya dengan 14K, 18K dan 23K. Cuma berbeza simbol dan ejaan sahaja. Manakala di Eropah pula, mereka menggunakan nilai sama seperti di Malaysia.

Artikel Seterusnya : Fakta Berkaitan Pelaburan Emas Yang Wajib Tahu!

Penutup

Kami harapkan dengan perkongsian berkaitan perbezaan Emas 835, 916, 950, dan 999 ini dapat membantu anda untuk mengenali jenis-jenis emas ini dengan lebih lanjut. Jangan lupa untuk terus kembali ke blog kami untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan dunia emas dan pelaburan emas.

Jangan lupa sharekan dengan rakan-rakan ya! Terima kasih.

5/5 (2 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field