Emas Atau Gajet, Mana Lebih Baik?

emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cuba ingat balik bila kali terakhir anda membeli gadget canggih? Setahun lepas? 3 bulan lepas? ataupun semalam? Andakah anda juga suka ataupun kerap tukar gadget anda itu?

Kemajuan teknologi yang semakin pesat berkembang membuatkan kita semakin cenderung untuk kurang menyimpan. Dari membelanjakan pada sesuatu yang boleh disimpan dan dilabur, masyarakat kita lebih gemar membeli gadget mahupun alat-alat elektronik. Lama-lama semangat nak menyimpan tu pun mula pudar.

Adakah anda yakin bahawa gadget yang anda miliki itu boleh dijadikan tabungan yang kekal yang boleh dijual bila-bila masa pada harga yang berbaloi?. Sebenarnya ada tabungan/simpanan yang lebih menarik untuk membantu anda ketika anda mengalami kesusahan iaitu EMAS.

Emas ni selain dijadikan sebagai perhiasan ia juga boleh dijadikan simpanan dimana ia akan membuatkan simpanan kita memnjadi lebih kukuh. Nilainya yang fleksibel seiring dengan peredaran masa menjadikan emas sebagai simpanan terbaik untuk anda. Berbeza dengan gadget yang akan sentiasa mengalami susut nilai. Contoh anda membeli Samsung S7 pada harga RM2000++, jika anda jual pada bulan hadapan maka nilai Samsung itu tadi akan drop dari harga asal dan drop lagi dan drop lagi pada bulan-bulan seterusnya.

Berbeza bukan dengan emas? Agak mustahil gadget akan mengalami kenaikkan harga seperti emas sebab pasaran gadget mempunyai banyak pesaing yang akan membuatkan harga gadget sentiasa menurun. Emas ni banyak mana pun pesaing ianya takkan member kesan pada harga emas itu.

Maka, dalam soal simpanan ini, mana satu pilihan anda? Emas atau Gadget? Buat pilihan yang bijak ya.

 

Artikel Seterusnya : Emas 916 % Emas 999 Yang Patut Anda Tahu

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field