Emas Sebagai Penyelamat Kejatuhan Mata Wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Jika mata wang jatuh, apa yang aku kena buat?”

“Adakah aku kena simpan emas?”

“Selamat ke kalau aku simpan emas semasa kejatuhan mata wang?”

Sudah tentu pelbagai persoalan timbul atau menjadi perbualan jika bercakap tentang topik kejatuhan mata wang. Tentunya kita mencari jalan persiapan untuk menhadapi perkara seperti ini.

[1. gambar seperti ini – https://www.shutterstock.com/image-vector/stock-market-exchange-business-candle-stick-1121524508]

[2. gambar seperti ini – https://www.shutterstock.com/image-photo/gold-bullion-colorful-australian-dollar-banknotes-1433388317]

Tahun 2015 menyaksikan sesuatu yang pelik berlaku kepada harga emas. Jika kita lihat pada graf harga emas dunia, harga emas sebenarnya jatuh. Harga tertinggi pada awal tahun sekitar USD 1300.70 seauns dan pernah turun serendah USD 1050.80 seauns pada akhir tahun. Kejatuhan ini memberi kesan kepada sesiapa yang membeli emas pada awal tahun dan menjual pada akhir tahun iaitu mereka akan mengalami kerugian!

Tetapi ia berlainan pula berlaku di Malaysia. Pada awal tahun 2015 harga emas sekitar RM140 per gram. Bahkan ia pernah mencecah RM135 per gram. Pada bulan Disember 2015, harga emas di Malaysia menutup tirai sekitar RM160 per gram. Jika anda membeli pada awal tahun dan menjualnya pada akhir tahun, keuntungannya sekitar 10 peratus (selepas ditolak segala kos berkaitan). Ianya lebih baik berbanding anda melabur di institusi kewangan yang mana sekitar lima hingga lapan peratus sahaja.

Tahukah anda kenapa perkara ini boleh terjadi?

Faktor utama adalah pergerakan songsang harga emas dunia dan Malaysia adalah disebabkan ringgit telah pun jatuh sekitar 30 peratus pada tahun 2015. Masalah yang berlaku melibatkan ekonomi dan politik di Malaysia pada tahun tersebut telah menyebabkan harga emas Malaysia tidak jatuh sebagaimana harga emas dunia, bahkan harga emas dunia semakin naik. Emas telah mempertahankan kekayaan kita daripada terus susut ekoran kejatuhan harga ringgit tersebut.

Emas Bukan untuk Pelaburan

Salah satu sebab mengapa orang di luar sana menyimpan emas adalah untuk melindungi kekayaan daripada hilang kesan daripada kejatuhan ringgit. Jika kita mengimbau kembali pada tahun 1997, ringgit pernah jatuh sehingga 50 peratus semasa negara dilanda krisis ekonomi. Selepas kejatuhan ringgit itulah Perdana Menteri pada masa tersebut Tun Dr. Mahathirmula membuka mulut tentang emas yang dilihat sebagai ‘duit’ yang lebih kukuh berbanding ringgit sehingga mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan syiling emas pertama iaitu Kijang Emas.

Emas sebenarnya alternatif bagi simpanan duit, kerana duit kertas yang digunakan oleh kita pada asalnya disandarkan kepada emas. Jika kita kaji sejarah emas dahulu, 1 dinar mampu beli seekor atau dua ekor ekor kambing bergantung kepada saiz dan jenis kambing. Pada hari ini, 1 dinar (jika harganya dikira dalam nilai ringgit) masih mampu untuk membeli seekor hingga ke dua ekor kambing juga.

Ini bermaksud kuasa beli emas bersifat kekal walau apa pun yang berlaku kepada ekonomi atau politik dunia. Kesimpulan yang boleh dibuat jika kita menyimpan emas, kekayaan kita tidak akan susut ataupun hilang sebagaimana menyimpan duit kertas.

Kepentingan Emas dalam Kewangan

Jika kita kelaskan tentang emas, emas boleh dikelaskan sebagai simpanan, bukannya pelaburan dalam erti kata sebenar. Ianya tidak akan membuatkan kekayaan kita berkembang. Fungsi utamanya adalah untuk melindungi kekayaan kita daripada hilang kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Tujuan utama menyimpan emas adalah untuk selamatkan nilainya. Biarlah simpanan itu tidak berkembang asalkan kuasa belinya tidak hilang sebagaimana duit kertas.

Berapa Banyak Perlu Simpan Emas

Salah satu cara untuk cukupkan simpanan kecemasan berjumlah tiga bulan pendapatan dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji atau ASB, emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk mencukupkan menjadi enam bulan pendapatan atau lebih. Ini kerana duit dalam Tabung Haji atau ASB itu terjamin dari sudut nombornya, tetapi simpanan emas terjamin dari sudut nilainya dalam jangka masa panjang.

Simpanan emas ada risiko harga naik dan turun. Akan tetapi Tabung Haji atau ASB juga ada risiko nilainya. Kadang-kadang kita rasa menyimpan duit dalam Tabung Haji atau ASB lebih selamat dan tiada risiko, tetapi sebenarnya itu adalah silap. Hal ini adalah kerana duit Tabung Haji dan ASB pun menyusut juga terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit. RM10000 pada hari ini belum tentu sama nilainya berbanding 10 tahun yang akan datang.

 

Artikel Seterusnya: 5 Tips Membeli Emas Untuk Elak Rugi

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field