Emas Tulen Atau Tidak? 20 Rahsia Kenal Cop Barangan Kemas

Rahsia Cop barangan kemas emas 999 emas 916 silver dan stainless steel
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Adakah anda tahu anda mempunyai emas tulen atau tidak? Perasan tak pada setiap barangan kemas akan ada pada bahagian dalam tanda seperti ukiran nombor atau huruf. Setiap kali membeli barang kemas, ada sebahagian dari kita yang mungkin perasan cop atau tanda yang terdapat pada barang kemas tersebut. Tapi ada juga yang rata-rata kami perasan tak ambil kisah pun tentang perkara ni.

Jadi hari ni kami berasa terpanggil untuk berkongsi pada anda rahsia kenali cop barangan kemas anda.

Emas Tulen Emas 916 Emas 999

Berikut adalah maksud cop barangan kemas

  • 999 / 24K / 足金

Emas berketulenan penuh, turut dipanggil emas 10 dan emas kertas. Harga emas 999 ni adalah yang paling tinggi di dalam pasaran kerana kandungan emasnya yang tinggi.

  • 965 / 泰国

Emas tulen 96.5%, kebanyakan emas mutu sebegini adalah dikilangkan di Thailand

  • 950 / 23k

Emas tulen 95%.

  • 916 / 22k

Emas tulen 91.6% emas ni hanya popular di negara asia, digunakan secara meluas di Malaysia, Singapura, Brunei. Jenis emas ni adalah sangat familiar bagi rakyat Malaysia kan? Jadi simpan siap-siap dalam minda cop emas 916 ni.

  • 875 / 21k

Emas tulen 87.5%, Boleh dikatakan hampir semua barang kemas negara timur tengah mengunakan emas ini.

  • 835 / 20k / 盾金

Emas tulen 83.5%, lebih keras dari 916 untuk, di komersial untuk barangan batu permata.

  • 钱金

Emas tulen diantara 79% – 81% Dikenali sebagai emas paun, campuran utama adalah tembaga merah, emas ini hanya ada di Malaysia, sudah hampir 20 tahun ia tidak dihasilkan.

  • 750 / 18k / K1

Emas tulen 75%, terkenal diseluruh dunia, di Malaysia ia menjadi emas pilihan untuk menghasilkan barangan batu permata, hampir semua barangan kemas Italy mengunakan emas ini, jika cop tersebut K18 barang tersebut dihasilkan di Jepun.

  • 625 / 15k

Emas tulen 62.5% campuran ini tidak dihasilkan di Malaysia.

  • 585 / 14k

Emas tulen 58.5%, popular di Malaysia pada 1995 hingga 2003 untuk menghasilkan rantai kristal, sekarang campuran ini dihasilkan jika ada tempahan khas barangan permata.

  • 12k / 久金

Emas tulen 50%, dihasilkan di Malaysia satu ketika dulu, sekarang tidak dihasilkan lagi.

  • 375 / 9k

Emas tulen 37.5%, dikenali sebagai Suasa. Ya, suasa adalah mengandungi sebahagian emas dan campuran logam lain. Sebab itulah, warna suasa ada iras kekuningan emas. Ianya sebab terkandungnya logam emas di dalamnya.

  • 925 / 950 / 996

Perak. Ini biasa sangat kita akan jumpa dekat cincin. Kebiasaannya terdapat pada cincin silver, gelang silver yang kebiasaannya digunakan oleh lelaki.

  • Pd

Palladium, Malaysia ada menghasilkan cincin lelaki dari jenis logam ini.

  • PLAT / PT

Platinum, harganya lebih mahal dari emas. Platinum ni adalah antara bahan logam yang sangat kuat. Mungkin sebab itulah IRONMAN pilih platinum ni sebagai salah satu bahan untuk dijadikan suit nya dalam filem ironman dan Avengers.

  • CW

Carat Weight, merujuk kepada berat batu seperti berat batu berlian dan lain-lain

  • CZ

Cubic Zirconia = membawa maksud batu permata yang dipasang adalah batu buatan bukan batu asli seperti berlian, zamrud dan lain-lain.

  • SS / steel / St steel

Stainless Steel. Kebanyakannya jenis metal ini digunakan untuk perhiasan kaum lelaki seperti cincin dan sebagainya.

  • GF

Gold Filled, saduran emas tebal.  GF mungkin mempunyai kandungan emas sedikit, contoh jika dicop pada cincin (GF 1/20 12k) ia membawa maksud kandungan emas 12k hanya 5% dari berat keseluruhan cincin tersebut.

  • GP / Gold Plated / ZZ / 18Z / JJ / 18KGP

Emas Palsu, logam yang disadurkan dengan emas.

 

*Cop bertulis cina, bermaksud emas tersebut adalah emas lama, kerana sudah lama kilang-kilang emas dimalaysia tidak mengunakan cop tersebut, cop terkini adalah yang berunsurkan tiga digit.

*Jika anda dapati cop tulisan cina selain daripada yang tertera di atas, ketahuilah ia merujuk kepada kilang pengeluar dan tukang, begitu juga cop huruf yang lain.

 

Penutup

 

Sekarang dah tahu kan jenis-jenis emas yang tulen atau emas yang palsu. Apa pun, jangan terlalu taksub dengan barangan kemas yang palsu, sebab anda perlu letakkan satu matlamat dengan emas yang ada anda juga boleh dapat manfaat dan keuntungan.

Bukan sahaja dapat bergaya dengan emas yang ada, tapi emas yang anda tu anda boleh gunakannya sebagai pelaburan atau mungkin sebagai talian hayat di waktu anda dalam kesempitan.

Jangan mudah terpedaya dengan emas-emas yang murah anda dapat lihat dijual di tepi-tepi jalan. Kaji selidik dahulu, kenalpasti apa barangan kemas yang anda mahukan. Cukuplah dulu perkongsian dari Tokki kali ini.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa klik share di button bawah  post ini ya. Tinggalkan sebarang komen atau soalan anda dalam ruangan komen di bawah yang kami sediakan.

 

4/5 (1 Review)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

3 thoughts on “Emas Tulen Atau Tidak? 20 Rahsia Kenal Cop Barangan Kemas”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field