2 Fakta Berkaitan Pelaburan Emas Yang Wajib Tahu!

Fakta-Pelaburan-Emas-Nilai-Emas-Hari-Ini-Pelaburan-Emas-kelebihan-melabur-emas-fizikal
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Anda takut duit simpanan anda bocor? Dah cuba simpan dalam tabung tapi hujung bulan asyik korek tabung je?

Mungkin anda dah perlu tukar cara anda menyimpan sekarang.

Kalau dulu anda simpan duit kertas RM, sekarang anda boleh mula menyimpan logam yang sangat bernilai iaitu emas.

Dengan bermodalkan RM250 sebulan, anda dah boleh mulakan pelaburan emas anda!

Kenapa Pelaburan Emas?

Pelaburan Emas Harga Emas Semasa Emas 916

Emas seperti yang kita sedia maklum adalah satu matawang yang telah lama digunakan di seluruh dunia sebelum wang kertas digunakan.

Kalis inflasi, kalis peperangan dan bernilai adalah faktor utama mengapa anda perlu terlibat dalam pelaburan emas ini.

Meskipun dipanggil pelaburan emas, ini bukan bermaksud anda perlu melabur dengan syarikat lain dan menunggu duit masuk tiap bulan. Bukan!

Jika ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian, hati-hati, kemungkinan besar itu adalah skim penipuan!

Fahami Konsep Pelaburan Emas

Anda perlu berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu berkaitan dengan pelaburan emas, cara jual emas dan bagaimana trend harga emas semasa.

Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai emas.

1. Tidak ditentukan oleh konsep demand and supply

Kalau sebelum ini, anda menyangka harga emas ini hanya ditentukan oleh konsep demand and supply  sahaja, sangkaan anda ini sedikit salah.

Banyak faktor lain lagi yang mempengaruhi harga emas contohnya:

  • Faktor politik dan ekonomi seperti Brexit
  • Disebabkan Faktor bencana alam
  • dan Faktor peperangan

Semua ini akan memberikan kesan kepada harga pasaran emas terkini samada naik atau turun walaupun pada ketika itu permintaan terhadap emas adalah biasa sahaja.

Oh ya seperkara lagi, kestabilan USD sangat mempengaruhi harga emas. Sifirnya mudah, semakin stabil nilai Dollar, semakin lemah harga emas.

Harga emas ditentukan oleh matawang USD. Sekiranya USD semakin stabil, harga emas di negara lain akan menjadi mahal.

Ini menyebabkan kurangnya demand  dari pembeli.

Jadi untuk anda yang baru nak bermula dengan pelaburan emas, anda perlu faham harga emas tidak akan sentiasa naik dan adakalanya akan turun.

2. Cara Melabur Dengan Emas

Terdapat pelbagai cara anda boleh gunakan untuk melabur dengan emas.

Jangan tertipu dengan skim-skim yang menawarkan pelaburan dengan emas tapi anda tidak mendapat emasnya atau delay untuk mendapatkan emas.

Ini semua adalah penipuan yang terang-terangan menggunakan nama emas!

Biasanya untuk mula melabur dengan emas anda boleh membeli atau mendapatkan emas fizikal seperti barang kemas (cincin emas, gelang emas, rantai emas), dinar emas, dinar perak dan gold bar.

Cuma bezanya, setiap emas fizikal tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Anda boleh rujuk nota di bawah:

  • Barang kemas (cincin emas, gelang emas, rantai emas)

Kenapa-Pelaburan-Emas-Fakta-Harga Emas Semasa

Kelebihan: Mudah di beli dan di dapati di mana-mana kedai emas di seluruh negara.

Kelemahan: Harga berbeza mengikut kedai dan tempat. Susut nilai tinggi.

Contoh: Barang kemas seperti cincin emas, gelang emas dan subang emas yang dikenali sebagai emas 916

  • Dinar emas

Kijang-Emas-Dinar-Emas-999-Harga-Emas-1-Gram-Hari-Ini-Semasa

Kelebihan:  Dinar emas adalah matawang Islam. Susut nilai yang rendah.
Boleh jadi mendapat untung berlipat ganda dalam tempoh masa yang panjang, contohnya dalam 10 tahun.

Kelemahan: Tidak praktikal dalam urusan transaksi harian.

Contoh: Banyak dinar yang dah dikeluarkan seperti Dinar Emas Kelantan, Dinar J’Bright 999 dan Dinar Amsyiq 999

  • Gold Bar

Gold-bar-Emas-Bar-Gold-Price-Per-Gram-Gold-COin

Kelebihan: Susut nilai gold bar yang rendah. Menggunakan emas berkualiti tinggi iaitu emas 24k atau juga dikenali sebagai emas 999.

Kelemahan: Jika ingin memajak gold bar di ar rahnu, gold bar perlu dibuka dari bekas simpanan. Ini akan memberikan susut nilai kepada gold bar.

Contoh: Banyak gold bar yang berada di pasaran dari pelbagai jenis syarikat seperti Public Gold dan Powergold.

Artikel Sebelumnya :Beza Antara Emas 835, 916, 999 dan 950 Yang Patut Anda Tahu

Penutup

Diharapkan dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu anda untuk memahami dengan lebih mudah berkaitan pelaburan emas anda.

Ingat jangan sesekali tertipu dengan skim-skim yang diluar sana.

Pilihlah jenis emas yang sesuai dengan kemampuan bajet anda dan jadikan menyimpan emas ini sebagai satu tabiat anda.

Jangan lupa share artikel ni dengan rakan-rakan!

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1 thought on “2 Fakta Berkaitan Pelaburan Emas Yang Wajib Tahu!”

  1. Pingback: Beza Antara Emas 835, 916, 999 dan 950 Yang Patut Anda Tahu » Angsa Emas Official Website

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan