6 Faktor Jangkaan Kenaikkan Harga Emas

harga emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Emas seperti kita sedia maklum bahawa ianya merupakan wang yang sebenar ataupun senang dikenali sebagai “international money” dimana ianya laku dimana-mana tempat. Seiring dengan itu, harga emas akan sentiasa mengalami kenaikkan dek kerana beberapa faktor yang member kesan secara langsung kepada kenaikkan harga ini.

Antara faktor yang membuatkan harga emas naik :

1. Risiko geopolitik
2. Penyusutan mata wang
3. Peningkatan jangkaan inflasi
4. Penilaian pasaran saham yang tinggi
5. Pertumbuhan jangka panjang Asia
6. Pembukaan pasaran baharu.

Jika dilihat faktor geopolitik seperti keluarnya England dari Kesatuan Eropah (EU) ataupun dikenali sebagai BREXIT, pilihanraya di Perancis dan pelantikkan Donald Trump sebagai Presiden USA amat member kesan terhadap kenaikkan harga emas. Paling ketara adalah kontroversi dan ketegangan yang berlaku apabila perlantikkan dan dasar yang diamalkan oleh Donald Trump sebagai Presiden USA dimana ia merisaukan banyak pihak terutama pihak pelabur seterusnya member kesan kepada pasaran semasa seterusnya member kesan kepada nilai mata wang dollar.

“Emas berkesan sebagai pelaburan lindung nilai ketika krisis sistemik, apabila pelabur keluar daripada aset berisiko. Berdasarkan rekod, emas mencatatkan prestasi lebih baik berbanding aset kecairan tinggi berkualiti lain ketika krisis dan itu menjadikannya penyedia kecairan cemerlang bagi pilihan terakhir,” – *Majlis Emas Dunia (WGC)*

Mengenai penyusutan nilai mata wang pula, dasar kewangan dijangka berlawanan antara AS dan negara lain di dunia dengan Rizab Persekutuan AS (FED) dijangka mengetatkan dasar kewangan manakala bank pusat lain mungkin tidak akan berbuat demikian. Permintaan emas mungkin akan meningkat dimana pelabur berusaha memastikan modal mereka tidak mengalami tempias penyusutan nilai mata wang.

Pelancaran Standard Syariah bagi Emas oleh Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) pada penghujung tahun lalu dilihat akan membuka ruang baharu bagi dunia Islam terhadap pelaburan emas. Standard yang dilancarkan itu akan menyediakan panduan muktamad mengenai produk emas, yang mana berpotensi membenarkan berjuta-juta orang Islam melabur dalam emas.

*Harga emas meningkat meningkat lebih 5% sejak Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah.

 

Artikel Seterusnya : Wajib Tahu 3 Pelaburan Emas Fizikal

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan