Harga Emas Semasa Terkini Kedai Emas Bangi Wangsa Maju
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Pengenalan Kepada Kedai Emas Angsa Emas

Kedai Emas Angsa Emas ditubuhkan pada 18 Ogos 2016. Kedai pertama kami dibuka selepas beberapa minggu dengan konsep pejabat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami menyewa slot pejabat dan menyediakan meja kecil untuk operasi kami. Semasa permulaan, bisnes kami hanya bergantung kepada aktiviti atas talian, di mana pemasaran kami hanya fokus kepada media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Disebabkan permintaan yang semakin tinggi kepada produk barang kemas Angsa Emas, pejabat kecil kami mula dipenuhi dengan pelanggan yang datang untuk melihat dan membeli produk barang kemas kami.

Kedai Emas Wangsa Maju

Selepas beberapa bulan menyewa kedai pertama, kami membuat keputusan untuk pindah ke kedai yang lebih besar dengan kemudahan dan keselamatan yang lebih baik. Pada April 2017, kami berpindah pula ke kedai terbaru kami yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Kedai Emas Pertama Angsa Emas di Bangi Sewaktu Bermula

Produk barang kemas Angsa Emas mula menjadi popular disebabkan kerana kami dikenali sebagai penjual yang menjual rekabentuk barang kemas yang ekslusif. Sebagai kedai emas yang menjual barang kemas tradisional dan evergreen, kami mula fokus untuk membuat design seperti koleksi Amora, koleksi Bellaz, koleksi Turkiya, koleksi Dia dan beberapa rekabentuk yang lain.

Kami mengutamakan kepuasan pelanggan apabila datang ke kedai kami. Pekerja kami diberikan latihan khas cara untuk melayan pelanggan dengan penuh mesra dan professional dan sebagai hasilnya kami telah mendapat kepercayaan pelanggan sama ada daripada Malaysia ataupun dari Singapura dan Brunei. Dengan jenama Angsa Emas yang semakin membesar, kami sentiasa mencari alternatif lain yang membolehkan kami memberikan servis yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Kami berbesar hati untuk menjemput anda datang ke kedai emas kami untuk menjadi sebahagian daripada pelanggan kami di Bandar Baru Bangi dan di Wangsa Maju.

 

Artikel Seterusnya : Pengenalan Kepada Gelang Emas, Cincin Emas dan Pandora

5/5 (1 Review)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field