Kedai Emas dari Rumah ke Bisnes 7 Angka

About-Us-Angsa-Emas-Harga-Emas-916-999-Harga-Emas-Semasa-Wangsa-Maju
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ada orang cakap, orang bisnes kedai emas ni mesti kaya, boleh pakai dan ada koleksi gelang emas, cincin emas, rantai emas banyak.

Kalau dulu zaman kecil-kecil di Taska di Sekolah biasa didendangkan dengan cerita Jack and The Beanstalk. Kisah si Angsa milik raksaksa yang menetaskan telur-telur emas.

Angsa Emas Kedai Emas Harga Emas Semasa 1 Gram Simpanan Emas-min

Angsa Emas Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang beroperasi sejak tahun 2016 bermula dengan lot pejabat yang kecil. Alhamdulillah atas berkat doa keluarga, saudara mara, kenalan, pelanggan dan semua kini Angsa Emas mempunyai 2 buah cawangan kedai emas di sekitar Bangi, dan cawangan kedai emas kedua kami di Wangsa Maju.

Kedai Emas dari Rumah

Kedai Emas Pertama Angsa Emas di Bangi Sewaktu Bermula
Figure 1: Small office partition as our first shop

Bermula hanya dari rumah Edora isteri kepada Zulhilmi Mukhtar kini mereka bersama rakan kongsi nekad untuk mengembangkan perniagaan kedai emas tersebut ke beberapa cawangan Angsa Emas seperti kedai emas angsa Emas di Bangi merupakan cawangan yang pertama di buka, seterusnya kedai emas di wangsa maju merupakan cawangan kedua dan kini cawangam ketiga mereka. Siapa sangka perniagaan yang bermula dari rumah secara kecil-kecilan ini didorongkan oleh Allah SWT untuk mereka mengorak langkah kehadapan membangunkan empayar perniagaan yang kukuh.

Hanya bermula dari rumah dan seterusnya untuk mengorak langkah dalam bidang perniagaan Kedai Emas apabila beliau bersama rakan kongsinya membuka premis barang kemas dengan kos pelaburan keseluruhan mencecah RM2 juta.

 

Rekabentuk Rantai, Cincin, Gelang Emas Eksklusif

Amora adalah salah satu jenama di bawah Angsa Emas bagi produk barangan kemas keluaran Angsa Emas seperti gelang emas dengan design terkini yang unik, cincin emas dengan rekabentuk yang istimewa serta rantai emas eksklusif yang pasti menepati citarasa setiap wanita yang yang inginkan kecantikan dan tampak lebih menawan. Untuk anda dapatkan info berkenaan produk dan rekabentuk barangan kemas yang terkini dari kami bolehlah layari galeri Angsa Emas Jewellery.

Kedai Emas Online

 

Pemilik Angsa Emas Harga Emas Hari Ini Emas 916 Emas 999

Seiring perkembangan teknologi di hujung jari sekarang ini, Angsa Emas Sdn Bhd kini dalam proses menyediakan platform e-Dagang dan aplikasi mudah alih untuk para pengguna emas iaitu rakan keahlian Angsa Emas Sdn Bhd mendapatkan reward dan rebet bagi setiap pembelian emas yang dibuat. Dengan pendaftaran Ahli Kedai Emas Angsa Emas Sdn Bhd serendah RM50 seumur hidup, anda dapat untuk mendapatkan barangan kemas pada harga yang sangat munasabah dan berpatutan. Anda boleh daftar sebagai Gold Partner Angsa Emas dengan klik di sini.

Di antara manfaat untuk keahlian Angsa Emas Jewellery ialah :

  • RM50.00 Yuran Pendaftaran Seumur Hidup
  • 1unit Mata Ganjaran bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.
  • Setiap 1000 Mata Ganjaran Yang Terkumpul bernilai RM 5.OO  (Tiada Had Penebusan)
  • DISKAUN ISTIMEWA RM2 1 Gram Emas 916
  • DISKAUN Hari Jadi  RM 1.00 Pada Bulan Kelahiran Anda.

Keahlian Kedai Emas Angsa Emas Bangi Wangsa maju shah alam

Harga-Emas-Semasa-Hari-Ini-Pelaburan-Emas-kelebihan-melabur-emas-fizikal

 

Penutup

Setiap sebuah perjalanan mestilah ada liku-likunya yang perlu dilalui, ianya tak semudah dan tak seindah seperti yang dilihat pada mata kasar. Doa dari semualah dan semangat yang terus-menerus berserta sokongan banyak pihak dari keluarga, saudara mara, kenalan dan pelanggan-pelanggan setia Angsa Emas Sdn Bhd. Doakan semoga kami terus dapat berkongsi manfaat melalui perniagaan kedai emas Angsa Emas Sdn Bhd ini kepada lebih ramai orang di luar sana. Jutaan terima kasih kami panjatkan buat semua yang sentiasa menyokong kami hingga ke tahap ini. Boleh lah datang ke mana-mana cawangan Kedai Emas Angsa Emas Sdn Bhd sama ada di cawangan Shah Alam yang terbaru, di Bangi mahupun di Wangsa Maju.

Siapalah kami di Angsa Emas ini tanpa sokongan dari anda semua untuk Angsa Emas Sdn Bhd dapat menapak sehingga ke tahap hari ini. Kisah ini bukanlah satu kisah untuk menunjukkan apa-apa, tapi sebagai satu motivasi buat anak bangsa yang semakin hari semakin ramai yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Sekiranya kisah ringkas perkongsian dari Angsa Emas ini bermanfaat, ajaklah rakan-rakan anda turut sama untuk baca kisah ini juga ya. Klik je button share di bawah ni 🙂

Artikel Seterusnya : Beza Antara Emas 916, 835, 999 dan 950 Yang Patut Anda Tahu

Sumber : Berita Harian & Rojak Daily

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan