MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA ANGSA EMAS JEWELLERY GROUP SDN BHD DAN MODULARSOFT SDN BHD
23 Februari 2023 – Angsa Emas Jewellery Group Sdn Bhd (Angsa Emas Jewellery) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama Modularsoft Sdn Bhd (Modular) bagi Pengendalian Skim Kesetiaan Pelanggan Digital untuk plan kad keahlian terbaru dari Angsa Emas Jewellery.
PELANCARAN KAD KEAHLIAN AEJ TAKAFUL
Keahlian AEJ Takaful adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenalkan oleh Angsa Emas Jewellery atas kerjasama dengan Modularsoft yang diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad.
Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian disamping memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan. Pelan keahlian ini dibuka untuk warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun.
Encik Rozily Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Tengah Etiqa, berkata, “Etiqa General Takaful Berhad amat berbesar hati menawarkan sebuah pelan perlindungan Individu Berkumpulan kepada ahli-ahlii Angsa Emas Jewellery. Pendekatan strategik ini akan memberikan nilai tambah yang besar dengan memberikan mereka pampasan sehingga RM30,000 kematian atau kecacatan penuh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan, serta pampasan kos pengebumian sehingga RM3,000.”
ROZITA CHE WAN SEBAGAI MUSE ANGSA EMAS JEWELLERY
Sempena majlis MoU ini juga, Rozita Che Wan atau Che Ta tampil menggayakan barang kemas Angsa Emas Jewellery dan diperkenalkan sebagai Muse bagi Angsa Emas Jewellery.
Syarikat memilih beliau kerana pengaruhnya sebagai seorang selebriti dan beliau seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dan anggun. Che Ta juga melengkapkan gayanya dengan memakai barang kemas.
Oleh itu, Angsa Emas Jewellery sangat berinspirasi untuk menjadikan Rozita Che Wan sebagai Muse bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery bagi tahun 2023. Angsa Emas Jewellery sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Rozita Che Wan. Semoga dengan kerjasama ini menambahkan lagi kilauan kedua-dua belah pihak.
7 total views, 7 views today