Pemakaian Cincin Mengikut Sunnah

hukum pakai cincin
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cincin merupakan aksesori yang disukai oleh semua golongan lelaki dan perempuan. Umat Islam amat digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang mana salah satunya adalah memakai cincin. Walau bagaimanapun, Islam melarang golongan lelaki untuk memakai cincin yang diperbuat daripada emas.

Tahukah anda, suatu ketika dahulu pemakaian cincin emas adalah diharuskan bagi kaum lelaki. Maka Nabi Muhammad S.A.W memakainya pada jari tangan kanan baginda dan ia diikuti oleh para sahabat.

Bagaimanapun, kemudian turun wahyu Allah S.W.T yang mengharamkan pemakaian emas oleh kaum lelaki. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud:

” Rasulullah S.A.W pernah memakai sebentuk cincin daripada emas dan memakainya di tangan kanan baginda lalu orang ramai pun turut memakainya (kerana meniru Baginda). Maka baginda S.A.W melemparkan cincinnya dan bersabda, Aku tidak akan memakainya lagi buat selama-lamanya. Melihat Nabi S.A.W berbuat demikian maka orang ramai pun turut membuang cincin-cincin emas mereka.”

(Riwayat Bukhari – Kitab al-Libas).

harga cincin tunang

Cara Sunnah Memakai Cincin

Dalam pada itu ada juga di kalangan kita secara keterlaluan dalam pemakaian cincin sehingga penuh pada kesemua jari dengan pelbagai jenis dan bentuk cincin. Ini mungkin dipengaruhi oleh fesyen atau pun timbulnya perasaan ingin menunjuk-nunjuk. Sebenarnya Rasulullah S.A.W memakai tidak lebih daripada dua bentuk cincin dan ada kalanya hanya dipakai satu bentuk sahaja dan jika diniatkan pemakaian cincin itu mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, maka sudah pasti pahala menanti kita.

Adapun memakai cincin pada tangan kiri adalah diharuskan. Menurut Imam an-Nawawi, telah ijmak para ulama bahawa harus memakai cincin pada tangan kiri dan juga tangan kanan. Ia berdasarkan hadis daripada Anas r.a yang bermaksud: Sesungguhnya nabi S.A.W memakai cincin pada tangan kiri baginda. (Shahih Muslim)

Walaupun ulama sepakat mengenai hal ini tetapi mereka berbahagi pandangan mengenai mana yang lebih baik antara memakai cincin pada tangan kiri atau kanan.

Namun berdasarkan hadis-hadis, Nabi Muhammad S.A.W lebih kerap memakai cincin pada tangan kanan. Ia sebagaimana diceritakan oleh para sahabat. Oleh itu, yang afdal adalah memakainya pada tangan kanan. Sebagai perhiasan lebih elok diutamakan pada anggota yang kanan berbanding yang kiri.

Seperkara lagi, ketika memakai cincin baginda SAW menjadikan kepala cincin (iaitu batunya) berada di sebelah tapak tangan. Namun, kata ulama cara pemakaian tersebut tidaklah wajib kerana baginda tidak mengarahkan berbuat demikian.

* Petikan daripada buku Kenali Rasul Kita Muhammmad SAW terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Artikel Seterusnya : 5 Tips Memilih Cincin Perkahwinan

5/5 (1 Review)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan