Pengenalan Kepada Gelang Emas, Cincin Emas dan Pandora

Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Gelang Emas

Gelang emas termasuk dalam bentuk perhiasan bagi wanita.

Manakala bagi lelaki, mereka diharamkan untuk memakai sebarang perhiasan daripada emas.

Malah gelang emas juga dikategori sebagai lambang kekayaan bagi masyarakat.

Semakin banyak gelang emas yang dipakai, semakin kayalah pemakainya pada mata masyarakat.

 

Cincin Emas

Cincin emas biasanya digunakan dalam masyarakat Melayu dalam 3 hal:

  • Cincin merisik
  • Cincin bertunang
  • Cincin kahwin

 

Cincin merisik

 

cincin kahwin

Cincin merisik juga dikenali cincin belah rotan. Cincin ini walaupun ada perkataan rotan, namun ia tetap cincin emas.

Rekaan cincin ini lebih simple dan tidak mempunyai batu.

Harga bagi cincin merisik lebih murah kerana rekaannya yang simple dan tidak mempunyai sebarang batu.

 

Cincin bertunang

 

cincin emas

Cincin yang digunakan semasa bertunang ini lebih mahal harganya berbanding cincin merisik.

Kenapa lebih mahal? Sebabnya cincin bertunang ini lebih cantik dengan kehadiran batu hiasan yang disusun sepanjang cincin tersebut.

Harga bagi sebentuk cincin bertunang paling kurang dalam RM400+.

Semakin cantik cincin dan semakin banyak batu hiasan, semakin mahal harga cincin bertunang.

 

Cincin Kahwin

 

cincin kahwin

Cincin kahwin kahwin juga lebih cantik dari cincin merisik.

Biasalah, nak kahwin, cincin mestilah lebih cantik dari cincin sebelum ni kan.

Jadi bagi kaum Adam di luar sana, bersedialah dengan RM500+ di tangan untuk membeli cincin kahwin.

Biasanya cincin kahwin ni lebih cantik dan menarik dengan kehadiran batu permata di atasnya.

 

Gelang Emas

Gelang emas walaupun sama dari segi saiz, namun beratnya berbeza.

Nak tahu kenapa ada perbezaan antara gelang emas ni?

Mari baca penerangan kami di bawah.

 

Jenis Gelang Emas

Gelang emas terbahagi kepada 3 jenis:

  • Gelang emas padu
  • Gelang emas kosong
  • Gelang emas stamping

 

Gelang Emas Padu

Jenis gelang emas inilah yang terbaik samaada untuk dipakai atau untuk dijadikan aset.

Hasil buatan yang lebih kecil dan padat dengan emas menjadikannya sebagai gelang emas yang tahan lasak.

Jangan risau, gelang emas seperti ini tidak mudah kemek atau patah kerana ketumpatan emas di dalamnya.

Antara contoh gelang emas padu ialah, rantai jenis mesin dan belut.

 

Gelang Emas Kosong

Emas hollow adalah nama lain bagi gelang emas kosong.

Walaupun rekaan gelang emas ni biasanya besar tapi beratnya lebih ringan berbanding gelang emas padu.

Jangan terkejut kalau gelang emas ini digoncang-goncangkan akan mengeluarkan bunyi.

Oh ya, jika dibandingkan dengan gelang emas padu, gelang emas kosong lebih sensitif.

Mudah rosak, mudah kemek dan mudah putus adalah masalah yang sering dihadapi oleh pemakai.

Contoh gelang emas kosong ialah jenis gajah dan jenis lipan.

 

Emas Stamping

Emas stamping bermaksud gelang emas tersebut diubat mengikut bentuk yang dikhendaki dengan menggunakan mould.

Plat yang akan terbentuk mudah disesuaikan dengan mana-mana design yang telah terhasil.

Biasanya pada bahagian belakang gelang emas stamping, belakangnya kosong dan tiada corak.

Pada bahagian depan, ada corak macam gelang emas biasa.

 

Pandora

 

pandora

Pandora menjadi fenomena  di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pandora bermula di Copenhagen, Denmark lebih kurang 38 tahun dahulu.

Usaha sepasang suami isteri pada tahun 1982 untuk menjadikannya sebagai jenama barang kemas yang terkenal akhirnya berjaya bila jenama ini adalah jenama nombor tiga di dunia.

 

Keistimewaan Pandora

Apa yang istimewa mengenai Pandora ni?

Okay, kalau anda memang peminat Pandora, anda pasti pernah mendengar koleksi Moment yang mereka ketengahkan.

Koleksi Moment ini anda boleh pilih sendiri charms yang anda suka.

Senang kata macam mix and match.

 

Setiap charms  yang anda pilih, mempunyai sentimental value kepada si pemakai.

Itulah yang istimewanya Pandora koleksi Moment.

 

Buatan Pandora

Setiap barang kemas Pandora dihasilkan dari bahan yang berkualiti tinggi.

Antara bahan yang digunakan ialah perak dan emas 14k.

Perak asli biasanya sangat lembut dan mudah dilenturkan, jadi perlu dicampurkan dengan besi-besi lain untuk memastikan barang kemas Pandora ini lebih kuat dan tahan.

 

Penutup

Semoga dengan perkongisan berkaitan barang kemas ini dapat memberikan anda info dan maklumat berkaitan dengan barangan kemas.

 

Artikel Seterusnya : Harga Emas Turun, Anda Rugi Ke?

5/5 (1 Review)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field