Perbezaan Emas 999 & Emas 916

jenis emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Kau tahu tak apa itu emas 916?”

“Emas 999 apa pula maksud dia?”

Kebanyakan daripada kita sememangnya tidak mengetahui apa maksud sebenar di sebalik perkataan emas 916 mahupun emas 999. Bagi orang awam kesedaran tentang emas masih belum cukup memberangsangkan. Ianya penting bagi seseorang pemilik atau dalam proses membeli emas supaya dapat membezakan jenis emas tersebut.

Mempunyai simpanan emas adalah sesuatu yang bagus untuk masa akan datang atau diwaktu anda susah. Emas bukan sahaja dipakai untuk kelihatan cantik tetapi juga boleh membantu anda sewaktu dalam kesempitan wang. Jadi, penting untuk anda tahu perbezaan emas 999 dengan 916.

Emas 999 merupakan emas yang paling tinggi kandungan emasnya dimana 99.9% bahannya adalah emas. Ia juga dikenali sebagai emas 24K atau 24 Karat. Untuk pengetahuan anda, emas yang biasa digunakan untuk penghasilan barang kemas di Malaysia ini merupakan emas 916 atau emas 22K (22 Karat) yang mempunyai 91.6% kandungan emas (dimana kandungan emasnya lebih rendah berbanding emas 999) dan peratusan selebihnya adalah campuran bahan lain yang dapat menjadikan barang kemas tersebut lebih kuat berbanding emas 999. Tidak seperti emas 916 yang hanya ada satu jenis sahaja, emas 999 terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  1. Emas 999
  2. Emas 99.99
  3. Emas 999.9

Biasanya emas 999 ini digunakan untuk penghasilan barang kemas seperti rantai jenis gajah. Ada juga jongkong atau dinar emas yang bergred 999. Dengan peratusan 99.9% kandungan emas, barang kemas dari gred ini adalah lebih lembut berbanding barang kemas dari gred 916. Barang kemas 999 kebiasaannya dimiliki untuk tujuan pelaburan/simpanan kerana nilainya yang lebih tinggi dan juga kerana fizikalnya yang lebih lembut yang menjadikan ia mudah patah/rosak.

Nilai emas 999 dengan 916 jika dilihat tidak banyak beza tetapi sebenarnya beza nilainya adalah tinggi. Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang perbezaan emas 999 dengan 916 kan? Mungkin ada yang sudah tahu apa perbezaan dua emas ini dn mungkin juga ada yang masih tertanya-tanya. Mari kita lihat apakah perbezaan jenis emas-emas ini.

emas 999

Emas 999 (24k)

Table of Contents

  1. Emas first class
  2. Merupakan emas tulen yang tidak dicampur dengan benda asing
  3. Kandungan Emas 999.9%
  4. ianya agak lembut (boleh dibentuk menjadi objek pejal seperti barang kemas tetapi perlu dipakai dengan teknik yang betul agar tidak mudah kemek atau jatuh)
  5. Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar
  6. Sangat sesuai untuk pelaburan terutama dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas
  7. Harga  gadaian / Pajakan ar-Rahnu dengan harga yang tinggi

Kekurangan emas 999 :

  1. Biasanya tersedia dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar, ini kadang-kadang menyukarkan pemiliknya melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana kebanyakan ar-Rahnu tidak menerima emas dalam bentuk bar, jongkong atau syiling emas /dinar
  2. Oleh itu, jika anda berhasrat menggunakan wang dari pelaburan emas anda, eloklah anda membeli emas 999 ini dalam bentuk barangan kemas

emas 916

Emas 916 (22k)

  1. Emas 3rd class, (Bukan emas sepenuhnya)
  2. Kandungan emas hanya 91.6% sahaja
  3. 8.4 adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam
  4. Pembeli biasa biasanya Tiada alat yg dapat mengukur kesahihan kandungan emas yang sebenarnya dalam barang kemas yang dibeli  semasa di kedai emas. Terdapat banyak kes emas yang dibeli tidak mencapai tahap ketulinan yang dijanjikan
  5. Lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas
  6. Cepat pudar kerana kurang kandungan emas
  7. Tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai susut nilai yang tinggi walaupun barang baru berusia 1 hari sahaja
  8. Harga  gadaian / Pajakan ar-rahnu agak rendah

Kelebihan emas 916 :

  1. Biasanya tersedia dalam bentuk barangan kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila masa kerana kesemua ar-Rahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas

Setiap emas mempunyai kualiti dan perbezaan warna, kekerasan dan juga sifat fizikalnya. Emas yang dicampur warnanya lebih merah berbanding dengan emas yang lain. Ianya bergantung pada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang kemas.

Diharap info kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran untuk anda dalam membezakan di antara emas 999 dan emas 916. Kami berharap info ini bermanfaat untuk anda supaya tidak ditipu ketika urusan jual beli khasnya.

 

Artikel seterusnya : Empat Cara Menyimpan Emas Fizikal Dengan Selamat

5/5 (1 Review)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field