Perkataan Dalam Jual Beli Emas Online

perkataan dalam jual beli emas online
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jika anda menyertai group berkaitan dengan emas di facebook ataupun di lain-lain media sosial, pasti anda akan berjumpa dengan terma atau shortform yang selalu digunakan untuk urusan jual beli emas online. Pasti anda tertanya-tanya apa maksudnya dan mungkin anda berminat tetapi tidak berpeluang untuk mengetahuinya.

Kali ini kami akan kongsikan beberapa terma yang selalu digunakan oleh penjual dan beli emas di media sosial untuk pengetahuan bersama.

jual beli emas online

Jom kenali perkataan yang selalu digunakan di dalam bisnes jual beli emas online

 

BK= BARANG KEMAS
GB = GOLDBAR
DNR = DINAR

❤️
RT = RANTAI TANGAN
RK =RANTAI KAKI
RL = RANTAI LEHER
SBG = SUBANG
LKT = LOKET
CIN = CINCIN

❤️NEW 916
Barang kemas 916 baru yang belum dipakai. Dari kilang.

❤️ULN @ PRELOVE 916
Barang kemas 916 Used Like New.
Barang kemas baru. Tapi telah di pakai oleh orang. Nampak betul macam belum di pakai lagi.

❤️ USED 916
Barang kemas 916 yang telah di pakai.
Item dalam keadaan baik. Ada yang masih berkilat. Ada yang tidak, jika belum dicuci di kedai lagi. Dan ada nampak bekas pakai. Jika cincin itu ringan, Ada jugak tidak nampak.

❤️SCRAP 916
Barang kemas 916 yang patah, kemik, atau putus. Selalunya emas yang lama dah pakai atau item yang baru, Tapi di potong, untuk resize panjang. Seperti RT Panjang 20cm. Kita nk potong kepada 17cm. Baki 3cm itu di panggil Scrap.

Walaupun hadir dalam banyak keadaan, selagi ianya nama EMAS. jadi tiada rugi disitu jika membelinya.

Semoga ilmu yang dicoretkan ini dapat membantu anda memahami lebih lagi tentang ilmu emas dan selamat berjual beli.

 

Artikel Seterusnya: 5 Tips Penjagaan Rantai & Gelang Emas

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan