Emas 1 Gram Rahsia Simpan 1 Gram Setiap Bulan

Harga Emas Semasa 1 Gram 999
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Sayang, kalau abang cuba simpan satu bulan emas 1 gram okay tak?” tanya Zakuan kepada isterinya.

Sebenarnya dah lama Zakuan berhajat nak simpan emas 1 Gram 1 bulan sebagai satu bentuk “forgotten saving” bagi mereka sekeluarga.

Dia ambil masa lebih kurang 6 bulan untuk membuat bacaan dan bertanyakan mereka yang pakar dengan simpanan emas ni.

Akhirnya, Zakuan tekad untuk memulakan simpanan emasnya, 1 gram emas setiap bulan.

Harga Emas Semasa 1 Gram 999

Sekiranya Zakuan tetap dengan tabiat menyimpan emas 1 gram setiap bulan ini, dia sudah boleh digelar sebagai gold saver (penyimpan emas tegar).

Berbeza dengan gold investor, mereka lebih menumpukan kepada turun naik harga emas kerana fokus mereka untuk membuat keuntungan.

Malah untuk menjadi gold investor, banyak ilmu yang anda perlu kuasai bagi memahami perkembangan harga emas semasa.

 

Kalau anda tidak mahu memeningkan kepala dengan ilmu-ilmu teknikal ini, lebih baik anda fokus menjadi gold saver.

Mudah dan senang kerja anda. Setiap bulan kekal simpan emas 1 gram.

Kelebihan Menyimpan Emas

Sebagai seorang gold saver, anda akan mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah:

  • Simpanan emas anda akan bertambah dari bulan ke bulan
  • Simpanan emas tidak mudah bocor berbanding simpanan duit
  • Boleh digadaikan atau dijual semasa memerlukan
  • Susut nilai yang rendah
  • Kenaikan harga emas akan berlaku dalam tempoh jangka panjang

 

Petua Simpan Emas 1 Gram Setiap Bulan

Bagi memulakan simpanan 1 gram emas setiap bulan, anda boleh mencuba petua di bawah ini:

 

  • Amalkan konsep “forgotten saving”.

Bila anda dah mula menyimpan emas, anda perlu lupakan simpanan anda yang ini.Hari ni beli, hari ni terus lupakan emas yang anda beli. Sedar-sedar dalam masa 12 bulan anda sudah mempunyai emas sebanyak 12 gram.

Harga emas semasa artikel ini ditulis ialah RM 182 bagi 1 gram emas 999.

Jadi dalam masa 12 bulan simpanan anda akan bernilai RM 2184. Mungkin akan menjadi lebih lagi bergantung kepada harga emas semasa.

Harga Emas Semasa 1 Gram Simpanan Emas-min

  • Dah gaji? Beli terus emas 1 Gram

Ini memang cara paksa untuk anda menyimpan emas secara konsisten.Bila dah gaji cepat-cepat ke kedai emas dan beli 1 gram emas 999.

Jangan fikirkan sangat harga emas semasa pada waktu tu. Yang penting take action!

Kalau ada duit lebih atau baru dapat bonus ke, boleh jugak beli dinar emas ke.

Cuma dinar emas ni mahal sikit sebab berat dinar emas ni 4.25 gram.

Harga dinar emas semasa artikel ini ditulis ialah RM 694.

Nilai Harga Emas Semasa 916 999 Untuk Pelaburan Emas 1 Gram Setiap Bulan

  • Konsisten Selamat 6 Bulan. 

Okay kalau dah sampai tahan konsisten selama 6 bulan, anda boleh berikan diri anda sendiri reward.Yelah, penat jugak nak menyimpan ni, jadi untuk kekalkan motivasi menyimpan, anda boleh reward diri anda dengan apa yang anda suka.

Sekurang-kurangnya, anda akan lebih bermotivasi untuk menyimpan di bulan-bulan akan datang!

Simpan Emas Sebulan 1 Gram Harga Semasa Emas 999 916 -min

  • Tetapkan matlamat simpanan. 

Jika anda dah berjaya menyimpan selama 1 tahun secara konsisten, anda mungkin boleh cuba menambah matlamat simpanan anda.Contoh:

Tahun pertama: 12 gram emas

Tahun kedua: 12 gram emas + 2 keping emas dinar

Tahun ketiga: 12 gram emas + 4 keping emas dinar

Seperti yang sedia maklum, gaji kita akan bertambah dari tahun ke tahun, jadi eloklah juga anda tambah simpanan emas anda dari tahun ke tahun.

Kalau dapat bonus boleh gandakan lagi simpanan. Biar sampai jadi jutawan emas!

Penutup

Okay kalau anda boleh mula follow 4 petua mudah di atas ni, syabas kami ucapkan!

Sekarang anda dah berjaya tukar mindset anda dari simpan wang kertas kepada simpan emas.

Simpan wang kertas akan mengalami inflasi, simpan emas anda tak rugi!

 

Sebelum kami menghabiskan artikel ini, kami ingin kongsikan kepada anda kata-kata emas dari seorang pakar kewangan, Dave Ramsey:

Personal finance is 80% behavior and only 20% head knowledge

Maksudnya di sini, kewangan peribadi anda sebenarnya terdiri daripada 80% tabiat dan 20% adalah dari ilmu.

Kalau anda ada ilmu yang banyak mengenai kewangan tapi anda tiada tabiat menyimpan, semuanya akan sia-sia.

Selamat menyimpan emas!

Artikel Seterusnya : Beza Antara Emas 916, 835, 999 dan 950 Yang Patut Anda Tahu
0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field