Sesuaikah Barangan Kemas Untuk Pelaburan Emas?

barangan kemas sebagai pelaburan emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Seorang mak cik menghubungi saya untuk dapatkan nasihat tentang pelaburan emas. Katanya, dia sudah terbeli barang kemas bernilai sekitar RM30,000!

Saya semak harga emas yang dia beli, saya berasa sangat kasihan. Harganya 15 peratus lebih mahal berbanding kebanyakan harga emas pelaburan, sama ada berbentuk gold bar (jongkong) atau syiling dinar. Dia bukan sahaja kerugian 15 peratus, tetapi dia juga rugi disebabkan spread (susut nilai) barang kemas sudah tentunya 25 peratus dan ke atas. Dua kali rugi.

Sebenarnya saya bertemu banyak kes seumpama ini. Terlalu bersemangat untuk melabur, tanpa berfikir panjang terus ke kedai emas dan membeli barang kemas. Ada juga yang terpengaruh dengan ejen yang menjual barang kemas. Katanya harga emas sentiasa naik. Demikianlah juga mak cik itu, terpengaruh dengan kata-kata ejen. Membeli tanpa mendapatkan ilmu asas emas terlebih dahulu.

(1. contoh gambar di bawah & 2. gambar susunan emas di kedai)

barang kemas sebagai pelaburan emas

Kerugian Membeli Barang Kemas Sebagai Pelaburan Emas

Apabila anda sudah terbeli barangan kemas, anda sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Simpan sajalah barang kemas tersebut. Mak cik itu tidak akan rugi selagi dia tidak jual emasnya. Cuma bezanya, orang lain mungkin sudah menikmati keuntungan hanya selepas satu atau dua tahun menyimpan emas, tetapi mak cik itu terpaksa menunggu beberapa tahun lagi baru dapat untung disebabkan empat faktor utama;

  • Harga per gram lebih mahal
  • Kadar spread sangat tinggi
  • Kos upah yang dimanipulasi
  • Semakan harga sangat lambat

1- Harga per gram lebih mahal

Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan kerana harganya mengikut persatuan pekedai emas. Harga yang ditetapkan rata-ratanya 10-15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan, sama ada berbentuk gold bar atau syiling dinar. Anda boleh meninjau ke kedai-kedai emas untuk pengesahan.

2- Kadar spread sangat tinggi

Kadar spread (selalu diistilahkan sebagai “susut nilai“) akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu jika berlaku kenaikkan harga.

Spread barang kemas rata-ratanya sekitar 25 peratus. Bahkan ada yang mencecah sehingga 40 peratus. Jika harga emas naik 15 peratus, pembeli barang kemas masih rugi sekitar 10 peratus.

3- Kos upah yang dimanipulasi

Jika anda meninjau harga barang kemas, harga yang dipaparkan di kedai-kedai emas selalunya belum termasuk caj upah pembuatan atau dipanggil “kos upah”. Kos upah ini bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas tersebut. Lagi halus dan lagi cantik seni buatannya, lagi mahal kos upah yang dikenakan.

Kos upah sebenarnya boleh dimanipulasikan oleh pekedai emas. Jika harga emas mahal, mereka boleh merendahkan kos upah. Manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh menaikkan caj ini. Ini bermaksud jika harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.

Kos begini sangat merugikan kalau kita membeli untuk tujuan pelaburan atau simpanan. Jika ditinjau harga di kedai emas, jangan lupa tanya sekali, adakah harga yang dipaparkan itu sudah termasuk kos upah ataupun belum. Lepas ambil kira kos upah, cuba bahagikan dengan jumlah berat emas yang hendak dibeli itu untuk dapatkan kos per gram yang sebenar.

4- Semakan harga sangat lambat

Harga barang kemas agak statik. Kebiasaannya, jika harga emas dunia naik, harga barang kemas akan terus naik, harga barang kemas akan terus naik! Tetapi kalau harga emas dunia turun, biasanya pekedai emas lambat untuk menyemak harga dan mungkin akan kekalkan harga tinggi sehingga beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan ketara harga emas dunia baharulah ia disemak.

Berbeza dengan harga emas pelaburan yang harganya disemak setiap hari. Di Malaysia, pengeluar emas yang paling aktif membuat semakan harga ialah Public Gold. Harganya disemak setiap 20 minit ataupun 72 kali sehari mengikut pergerakan sebenar harga emas dunia.

Ini membolehkan kita mengunci harga terbaik sama ada harga untuk membeli atau menjual. Kalau harga emas dunia waktu tengah malam, kita boleh mengunci pada harga murah dan boleh tersenyum esok paginya jika harga emas naik semula. Mekanisme begini sangat penting dari perspektif seorang pelabur dan ia tidak terdapat pada barang kemas.

Jadi itulah empat faktor barang kemas kurang sesuai untuk dijadikan pelaburan emas.

 

Artikel Seterusnya: Kedai Emas Angsa Emas

0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field