Standard Emas Di Malaysia

standard-emas
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tahukah anda, emas juga mempunyai standard atau jenisnya yang tersendiri. Bermula dengan emas 999, emas 916 dan seterusnya semuanya adalah standard emas yang harus anda tahu jika ingin mendalami ilmu tentang emas. Kali ini kami akan kongsikan standard emas yang ada di Malaysia.

999 – 24K950 – 23K
916 – 22K
875 – 21K
835 – 20K
750 – 18K
585 – 14K
375 – 9K

Standard emas yang popular di Malaysia adalah seperti bawah ini;

 

standard emas Malaysia

1. Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas
2. Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas
3. Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas

* 24k gold, adalah emas tulen.

* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.

* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58.3% emas.

* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.

* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).

Tanda mutu di negara Eropah

 

emas 916

Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:

* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas

Tanda-tanda lain pada perhiasan emas

Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.

Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Perancis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.

*Common Control Mark* atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.

Diharap sedikit sebanyak info yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana tentang standard emas yang terdapat di Malaysia.

 

Artikel Seterusnya : Harga Emas Jatuh, Anda Rugi Ke?

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan