Harga Emas Jatuh, Anda Rugi Ke?

strartegi harga emas jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Alamak, harga emas jatuh la hari ni.” Zul memulakan perbualan.

“Haa, baguslah harga emas jatuh. Untung la kita nanti.” balas si Aiman yang tadi asyik menghirup teh panas.

 

Anda mesti terfikirkan kenapa si Aiman mengatakan mereka akan untung walaupun harga emas jatuh?

Kalau ikutkan logik, rugilah, emas yang ada dalam simpanan kita tu. Dulu beli mahal, sekarang harga dah jatuh.

Jangan risau, tak kira anda sebagai seorang penyimpan atau pelabur emas, anda tetap untung.

 

Harga Emas Jatuh?

Jatuh naik harga emas dalam pasaran adalah perkara yang normal.

Anda boleh tengok harga emas dalam tempoh 1 tahun pada graf di bawah.

harga emas 2018

10 Ogos 2018, harga emas mula jatuh mendadak. Harga pasaran emas paling rendah dicatatkan 6 hari kemudian, iaitu pada 16 Ogos 2018.

Dalam apa-apa bentuk pelaburan, harga naik turun itu adalah normal.

Siapa yang bijak mengambil peluang akan tetap untuk walaupun harga jatuh.

 

Jadi macam mana anda boleh ambil peluang dan membuat keuntungan semasa harga emas jatuh?

Nak tahu kenapa kami katak anda untung bila harga emas jatuh?

Baca sebab-sebabnya di bawah.

 

Fikir Jauh Untuk Keuntungan

Kalau anda fikir untuk masa hadapan, anda sebenarnya untung.

Harga emas yang anda beli 10 tahun lepas takkan sama dengan harga emas tahun 2019.

harga oublic gold
Harga pada 15 Mei 2009.
harga public gold
Harga pada 21 April 2019.

Sumber: Public Gold

 

Anda dapat lihat perbezaan harga 20 gram emas 999 pada tahun 2009 dan 2019 (10 tahun kemudian).

Cuba anda buat kira-kira:

RM 3 606 – RM 2 248 =RM 1 358

Dalam masa 10 tahun, nilai simpanan anda meningkat kepada RM 1358!

Cuba anda fikir, kalau duit kertas RM1000 sekarang yang anda ada ni sama tak nilai  pada tahun 2009 dengan 2019?

Kami berani katakan tak sama!

 

Strategi Masa Harga Emas Jatuh

 

strartegi harga emas jatuh

Okay mari kami kongsikan apa strategi yang sesuai anda buat masa harga emas jatuh:

 

#1. Beli Lagi Emas

Masa harga emas jatuh, beli emas lagi dan lagi. Gunakan kesempatan dan wang lebihan yang anda ada untuk membeli emas.

Harga emas cuma jatuh dalam masa yang singkat.

 

Oh ya, kalau harga emas jatuh, emas jenis mana yang anda perlu beli?

Pada pandangan kami, emas jenis 999 adalah emas yang terbaik yang anda boleh beli semasa harga emas jatuh.

Emas jenis 999 ini adalah emas tulen dan paling asli. Tiada campuran bahan-bahan logam lain.

Oh ya antara jenis-jenis emas 999 ialah dinar emas dan gold bar.

Anda boleh buat pilihan emas jenis mana yang anda hendak beli dan simpan.

 

Macam tahun lepas, 16 Ogos 2018 adalah harga emas terendah dalam tahun tersebut.

Siapa yang ambil peluang, beli banyak-banyak emas dan jual kembali bila harga emas dah kembali stabil pasti dah merasa keuntungan sekarang.

 

Kalau anda tidak bercadang nak menjual kembali, anda boleh tambah simpanan emas anda.

Simpan atau jual, kedua-duanya tetap untung.

Simpan anda untung pada jumlah berat emas.

Jual anda untung pada jumlah ringgit.

 

#2. Pajak Emas di Ar-Rahnu

Okay teknik ni agak berisiko sedikit.

Anda hanya boleh apply teknik ni kalau anda tahu resiko dari teknik ni.

 

Anda boleh pergi pajakan emas anda di Ar-Rahnu dan duit pajakan tu anda gunakan untuk beli emas baru.

Ya, beli emas baru semasa harga emas turun.

Bila harga emas naik kembali, jualkan emas tadi dan dapatkan keuntungan dari jualan.

 

Selepas selesai jualan anda, jangan lupa tebus balik emas anda di Ar-Rahnu.

Teknik ini melibatkan kos kerana perlu membayar upah simpan.

Jadi sebelum mengaplikasikan teknik ini, pastikan anda sudah membuat kira-kira terlebih dahulu.

Takut teknik tak menjadi, anda yang rugi!

 

Penutup

Kami harapkan perkongsian mengenai harga emas jatuh ini akan membantu anda untuk melakukan apa yang terbaik bila anda mendapati harga emas jatuh.

Mudah-mudahan anda mendapat keuntungan dan tidak tersalah mengambil tindakan apabila berhadapan dengan situasi ini.

Semoga info yang anda dapat ini bermanfaat untuk anda!

 

Artikel Seterusnya : Emas 916 & 999 Yang Patut Anda Tahu

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan