Tempat “Simpan Duit” Paling Baik Untuk Anak Muda

simpan-duit
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sekerap mana atau seboros mana kita berbelanja, kita masih memerlukan simpanan sebagai “backup” kita jika kita mengalami sebarang masalah. Usia mudalah waktu yang terbaik untuk kita memulakan tabungan kita agar kita boleh menyimpan dengan lebih baik dan sistematik. Jika sudah menjangkau suatu takat umur pastinya anda sudah tidak sempat untuk simpan duit.

Berapa peratuskah daripada anda menyimpan dari gaji anda sebagai tabungan anda? Sebenarnya tak kisah pun berapa tapi paling kurang pun 10% pun jadi dah. Paling kurang pun jika anda nak gunakan nanti ada simpanan yang boleh tolong anda  dan yang penting tahu nak simpan dekat mana. Kajian menunjukkan bahawa tiga daripada empat rakyat Malaysia didapati sukar mengadakan walau RM1,000 bagi kecemasan.

Kali ini kami akan kongsikan beberapa tempat yang kami syorkan kepada anda terutamanya golongan muda.

tempat simpan duit

Tempat terbaik nak simpan duit ialah :

1. ASB (Amanah Saham Bumiputera)

ASB merupakan tempat simpan yang terkenal bagi anak-anak muda untuk beranakkan duit dengan cepat. Untuk menggunakan ASB anda perlu tetapkan matlamat ASB anda dulu iaitu seperti untuk membeli rumah, untuk perbelanjaan perkhawinan dan lain-lain.

2. Tabung Haji

Tabung Haji juga merupakan tempat yang terkenal untuk anak muda selain ASB. Hal ini kerana manfaat yang terdapat pada Tabung Haji iaitu :
✅ Modal awal yang rendah
✅ Modal simpanan dijamin
✅ Pemberian dividen dan bonus kompetitif
✅ Dividen & bonus dikecualikan cukai
✅ Patuh syariah

3. PRS (Private Retirement Scheme)

PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP. Ianya juga dijadikan sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.

Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang. Manakala pelepasan cukai individu juga akan mendapat pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian bagi 10 tahun pertama.

4. EMAS

Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk mendapatkan 240 gram. 20 × 12 = 240 gram. Andaikan pembelanjaan pengajian universiti ialah RM 34 000 maka ia bersamaan dengan lingkungan 210 hingga 240 gram emas.

Harga emas hari ini ialah RM 157.23 (23/7/2018) x 220 gram = RM 34 590.60. Maka, ianya cukup untuk perbelanjaan anak anda dan tak perlu begantung dengan pinjaman PTPTN. Simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Anak-anak tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita yang mana boleh membebankan mereka pada suatu hari nanti.

5. Tabung Warna

Tabung warna merupakan cara yang paling menarik, mudah dan untung. Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. Tabung warna antara cara yang paling biasa dan diamalkan oleh hampir semua orang.

Targetlah berapa pun tak kisahlah RM 5 ke RM 10 ke janji anda konsisten dalam menabung. Bila sudah cukup tabungan itu, tukarkan kepada sesuatu yang beharga seperti emas barulah duit itu tadi beranak.

6. Unit Trust

Unit Trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang. Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ini ialah untuk persaraan, pendidikan anak, Haji/Umrah, beli rumah atau berkahwin.

Ramai yang familiar dengan ASB. ASB juga unit trust tetapi untuk jangka pendek.

Tempoh simpanan adalah di antara 3 tahun – 5 tahun atau lebih. Dari segi keuntungan pula boleh menghasilkan 10%-15% purata pulangan jika simpan selama 3 tahun – 5 tahun atau lebih daripada itu.

Keuntungannya pula ada 3 jenis:

  1. Capital gain: Harga naik turun. Kedua dua keadaan ini sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik beli masa murah, jual masa mahal.
  2. Dividen: Fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan lagi baik. Dapat dividen, dapat unit PERCUMA.
  3. Bonus: Dapat bila company declare.

Unit Trust sebaiknya ada konsultan yang memantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen dan bila switching fund. 

Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan.

Tanamkan sikap untuk menyimpan agar cerah masa hadapan disamping dapat mengelak dari masalah. Jika anda belum lagi bermula pada hari ini bolehlah bermula sekarang sebelum terlambat!
0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan