3 Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu

3 Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Siti, kau rasa okay tak kalau aku beli barang kemas dan jadikan dia sebagai aset aku? Ala macam kau selalu beli emas tu.” tanya Ain ingin tahu.

“Ye Ain, okay je. Cuma masa kau beli barangan kemas tu, jangan beli sebarangan je la. Tak semua jenis barangan kemas boleh dijadikan aset.” balas Siti.

 

Di luar sana ramai yang macam Ain, nak jadikan barangan kemas sebagai aset. Bila ekonomi berada pada keadaan yang tidak stabil, semua akan cuba beralih untuk menyimpan emas sebagai aset, tak kisahlah emas 916 atau emas 999.

 

Namun perlu anda tahu, tidak semua jenis barangan kemas boleh dijadikan aset. Silap-silap hari bulan, anda boleh jatuh rugi kerana tersalah membeli barangan kemas.

 

Mari kami kongsikan kepada anda beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk membeli perkakasan emas bagi dijadikan aset.

 

3 Tips Beli Barang Kemas

Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu

#1. Jangan beli selain emas 999 dan emas 916

 

Nak beli barangan kemas jangan beli yang emas celup / emas Korea. Semua jenis ni tak ada nilai untuk dijual semula. Jadi kalau anda serius untuk jadikan barangan kemas sebagai aset, anda perlu beli emas 999 atau emas 916 sahaja. Ingat tu…

Anda boleh lupakan Emas 950, Emas 835 dan Emas 750 untuk dijadikan aset. Semua jenis emas ini, susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 916 dan emas 999.

Oh ya, kalau nak pajak di pajak gadai Ar Rahnu pun mudah. Jadi belilah dengan bijak, bukannya beli untuk nampak bergaya dan cantik je.

 

#2. Beli Emas Padu vs Kosong (Hollow)

Okay kali ni kita akan cuba bandingkan mana lagi untung untuk dijadikan aset. Barang kemas padu atau kosong?

 

Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu Emas 916-999

 

Barangan Kemas Padu

Barangan kemas padu adalah bermaksud barangan kemas yang padat dan juga berat. Buatannya memang padat dan tidak “kosong” walaupun saiznya kecil. Contoh barangan kemas padu ini jenis mesin, dunhill, putera puteri dan belut.

 

Barangan Kemas Hollow (kosong)

Berbeza dengan barang kemas padu, gelang emas atau rantai emas jenis ini kelihatan lebih besar dan lebar. Tapi dari segi beratnya lebih ringan. Disebabkan itu gelang emas atau rantai emas ini dipanggil kosong. Jenis barang emas kosong ni biasanya rantai tangan gajah, pasir dan lipan. Kekurangan emas jenis ini ialah mudah putus, kemek dan rosak.

 

Okay kalau anda tanya kami, mana yang lebih baik, tentulah barang kemas padu. Selain pembuatannya lebih kemas dan padat, ianya juga sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan dan aset. Susut nilainya juga lebih rendah kerana mutunya.

 

Pajak Barangan Kemas Kosong di Pajak Gadai Ar Rahnu

 

Tips Membeli Barang Kemas Yang Anda Wajib Tahu Emas 916-999 TUkang Emas Malaysia-min

Anda jangan terkejut jika masa anda nak pajak barang kemas anda di Pajak Gadai Ar-Rahnu pihak mereka emas anda jadi emas 875, 835 dan 750!.

Ini satu perkara yang biasa berlaku kerana:

  • pihak Pajak Gadai Ar Rahnu risau kalau ada masalah dengan barang kemas seperti lekuk, berlubang.
  • Bila ada lekuk dan berlubang, kemungkinan ada kotoran yang akan memberi kesan kepada berat.

 

#3. Jangan Buang Resit Belian

Kadang-kadang ada diantara kita yang suka buang resit belian. Benda tu bagus, sebab ada kalanya resit tu dah tak digunakan lagi.

Tapi untuk kes beli emas, tolong sangat-sangat untuk simpan resit beli emas tersebut. Kalau anda pergi ke Pajak Gadai Ar Rahnu nak buat pajakan, mereka akan minta resit belian. Kalau tak ada, mereka terpaksa menolok untuk menerima barang kemas anda. Sama juga kesnya kalau anda nak jual balik barang kemas anda, ada resit lebih mudah dijual.

Senang kata, simpan baik-baik resit beli emas anda dalam satu fail. Selesai masalah! Zaman LHDN berkerja keras sekarang ni, jadi kenalah mula untuk simpan rekod-rekod resit belian tu. Boleh dijadikan rekod untuk perakaunan anda sekali kan.

 

Penutup

Kami harapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk membeli emas yang terbaik untuk dijadikan aset. Pada artikel sebelum ini pun kami ada kongsikan Rahsia bagaimana anda boleh kaya dengan simpan 1 Gram Emas 999 setiap bulan. InsyaALLAH semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.

Jangan lupa untuk terus melawati website kami untuk dapatkan info-info berkaitan dengan emas! Share lah posting ni kalau anda rasa bermanfaat.

 

Artikel Seterusnya : Rahsia Simpan Emas 1 Gram Setiap Bulan
0/5 (0 Reviews)

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan

Scroll to Top

join the family

Subscribe to our mailing list and get latest update from us.

*Required field