Wajib Tahu 3 Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal

Nilai-Emas-Hari-Ini-Pelaburan-Emas-kelebihan-melabur-emas-fizikal
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tahniah kerana berjaya sampai ke blog ni.

Biasanya orang yang datang ke blog mereka yang mempunyai minat dan kesedaran untuk menjadikan emas sebagai medium pelaburan mereka.

Dan anda adalah salah seorang daripada mereka yang berminat dengan pelaburan emas.

Emas & Manusia

Kita sedia maklum, manusia dan emas memang tidak dapat dipisahkan.

Di dunia dan di akhirat emas tetap bernilai.

Emas di dunia adalah perhiasan bagi wanita dan orang kaya.

Manakala emas di akhirat adalah perhiasan bagi lelaki serta wanita dan penduduk syurga.

Tujuan Menyimpan Emas

Anda perlu setkan di minda anda, apa tujuan aku menyimpan emas?

Anda tak perlu bertanya apa kelebihan memiliki emas sebab kita sudah sedia maklum emas memang sangat berbaloi untuk disimpan.

Anda perlu ada big why yang jelas.

Mari kami kongsikan 3 contoh tujuan dan matlamat menyimpan emas:
  • Simpan emas untuk beli rumah.
  • Digunakan untuk pendidikan anak. Sebulan 1 gram.
  • Simpan emas untuk perkahwinan. Boleh jadikan emas sebagai mas kahwin atau hantaran.

Mesti ada yang akan tertanya-tanya macam mana nak gunakan emas  untuk beli rumah? Mana ada bank terima emas sebagai kaedah bayaran.

Jawab kami, emas yang anda simpan boleh dicairkan dengan menjual emas tersebut kepada mana-mana syarikat pajak gadai atau memajaknya di Ar Rahnu.

Anda boleh gunakan kata carian berikut untuk mendapatkan harga pajakan gadai semasa:

  • Harga emas Ar Rahnu Yapeim hari ini
  • Harga emas Ar Rahnu Bank Rakyat hari ini

3 KELEBIHAN PELABURAN EMAS FIZIKAL

1. Emas Tidak Pernah Hilang Nilainya

Nilai emas hari ini dan 1400 tahun dahulu tetap sama. Itu kenyataan yang anda perlu tahu.

1 Dinar di zaman Rasulullah boleh beli seekor kambing. Zaman sekarang pun sama, 1 Dinar (RM774) boleh beli seekor kambing juga.

Sebaliknya duit kertas akan berlaku susut nilai dari tahun ke tahun.

Pelaburan Emas Nilai Emas Pajak Gadai Ar Rahnu Yapeim Gelang emas rantai emas cincin emas 916
Nilai Emas 1 Dinar Bersamaan Nilai Seekor Kambing

Dulu murid-murid cuma perlu bawa 20 sen – 30 sen ke sekolah. Ianya cukup untuk membeli air dan makanan.

Sekarang untuk beli air dan makanan paling kurang perlu ada RM2-RM3.

Nampak susut nilai duit di sini?

2. Tiada Lagi Kebocoran Wang

Inflasi Wang Kemelesetan Ekonomi Harga Emas Semasa Pelaburan Emas Nilai Emas Pajak Gadai Ar Rahnu Yapeim Gelang emas rantai emas cincin emas 916
Kebocoran Wang Di Atasi Dengan Pelaburan Emas

Dengan menjadikan emas sebagai simpanan, anda boleh mengelakkan kebocoran wang.

Kenapa kami katakan demikian? Cuma anda fikir, kalau anda simpan duit di bank, anda bila-bila masa boleh gunakan duit tersebut untuk sebarang trasnsaksi jual beli.

Sebaliknya jika anda menyimpan emas, anda perlu cairkan emas tersebut dengan menjual atau memajaknya.

Bila susah untuk dicairkan, simpanan emas anda akan “selamat” dari dibelanjakan!

Oh ya, satu pesan mentor kewangan, Tuan Azizi Ali, kalau anda mampu, alihkan 10% nilai simpanan kepada emas!

Jika anda ada simpanan sebanyak RM30 000, anda hanya perlu menukarkan RM3000 kepada emas.

Simpan emas tak rugi, yang rugi simpan wang kertas, setiap tahun ada inflasi dan susut nilai.

3. Dunia Mengiktiraf Emas

Dunia Iktiraf Emas Nilai Emas Harga Emas Semasa Emas 999 Emas 916 Pelaburan Emas
Nilai Emas Semasa Berbanding Wang Fiat (Wang Kertas)

Kami bagi contoh, sebuah negara yang berperang. Negara tersebut akan mengalami masalah inflasi dan duit tidak laku.

Seperti negara Vietnam yang pernah berperang dengan tentera Amerika. Ramai pelarian melarikan diri dengan membawa emas bersama-sama mereka.

Dengan emas yang mereka simpan dan bawa inlah mereka memulakan hidup baru di tempat orang.

Cuba kalau mereka bawa bersama mereka matawang Vietnam Dong tu, agak-agak negara lain terima tak?

Mesti tak terima. Dah la matawang negara lain, tiada nilai pula tu.

Sebaliknya dengan menggunakan emas, mereka boleh menjual emas tersebut dan mendapatkan wang bagi negara yang mereka tinggal.

Artikel Seterusnya : Fakta Berkaitan Pelaburan Emas Yang Wajib Tahu!

Penutup

Okay sekadar itu sahaja perkongsian kami mengenai kelebihan melabur untuk emas fizikal.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang anda akan jumpa bila anda mula melabur di dalam emas fizikal ini.

Cuma kerana kekangan ruang dan waktu kami tidak dapat menceritakan dengan lebih banyak. Sekurang-kurangnya anda dah dapat belajar sesuatu pada hari ini.

Jangan lupa share dengan rakan-rakan ya artikel ini!

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info & Tips Emas

Dapatkan Info dan Tips Perkongsian dari Team Angsa Emas Yang Terkini Berkenaan Harga Emas Semasa, Berita Tentang Emas, Nilai Emas Terkini dan Banyak Lagi Info Menarik Untuk Anda Dapatkan.
Daftar Newsletter Kami Sekarang!

Artikel Emas Berkaitan